Galeri Saya
Isnin, 24 Mei 2010
Selasa, 4 Mei 2010
Isnin, 19 April 2010
Khamis, 15 April 2010
Sundang
Syarikat India timor dikuasa oleh Potugis, Belanda dan Inggeris telah membolot semua hasil dagangan kepulanan Melayu dan Riau membawa kesemua hasil ke negara eropah.
Orang bugis dikenali juga sebagai orang laut serta berkemahiran belayar dan amat cekap berperang, kesempatan ini telah digunakan oleh pelaut Bugis untuk bertindak balas menyerang kapal dagang asing.
Khazanah Allahyarham Dato' Meor yang masih bersama Pendita - Sundang, Pedang Sabil & Keris Tabal
Senjata sundang adalah senjata wajib bagi pendeka bugis, bentuknya yang sedarhana panjang menyerupai sebilah parang atau pedang walau pun bentuk asalnya meyarupai sebilah keris panjang yang tidak berlok, panjangnya yang bersesuaian dalam menghadapi sebarang pertempuran jarak dekat disetiap sudut ruang dalam sebuah kapal yang sempat dan terhad.
Disebabkan pendekar bugis ini sering diburu dilautan, maka ramai yang terpaksa kedarat serta membuat negeri baru sehingga lah kedatangan lima bersaudara anak raja bugis ke Tanah Melayu
Banyak juga nama sebutan lain terutanya orang melayu menamakan senjata sundang ini sebagai keris sundang, dari sumba yang terdapat menurut cerita guru persilat yang pandai mengkaji rupa bentuk senjata dan kemahiran dalam pengunaan seni senjata bahawa senjata sundang ini tidak akan sumbing matanya kerana segala gerak tempur bahawa senjata ini tidak akan belaga atau dilagakan seperti permainan parang atau pedang.
Kedudukan senjata ini sentiasa diletak dibahagian belakang kerana adalah lebih mudah untuk bergerak didalam sebuah kapal perang yang menjalankan segala ativiti harian seperti memanjat tali layar dan sebagainya
Selasa, 13 April 2010
Rabu, 7 April 2010
Selasa, 30 Mac 2010
Pelampang…!
Dalam ilmu gerak silat beribu jenis pukulan dengan menggunakan kaki tangan malah ada yang bergitu mahir dengan mengunakan siku dan lutut dan sebaginya..segala pukulan padu dapat dirasai jika terkena pukulan itu..semuanya parah dan maut..kadang kala pukulan itu amat terasa kepada yang kena dan yang mengena…tapi kesannya tidaklah lama, hilang sakit, bengkak atau cedera maka hilanglah kesannya pada tampaknya..
Tapi ada satu pukulan yang kesannya hingga sehingga zaman malah tidak akan hilang dari segi mental dan mungkin juga fizikal..pukulan yang dimaksud adalah pelampang atau penangan, pukulan ini ada juga sejarah dan namanya, diantara yang pendita ingat seperti pelampang guru, pelempang gila, pelempang sakan, pelempang seman, pelempang bilai, pelempang bugis, dan pelampang sultan dan mungkin banyak lagi jenamanya mengikut sejarahnya..
Yang pendita nak nyatakan adalah kesannya..
Kita cerita ada orang kena balun kena tumbuk di pasar..agaknya biasalah, tapi kalau kita dengan cerita orang kena lempang agak pelik juga, terutamanya orang biasa atau guru silat kena lempang..agaknya ceritanya akan tidak kesudahan walau pun sakit kena lempang dah hilang tapi kesan mentalnya akan malu..sehinggakan boleh pindah rumah dibuatnya…kalau kena dalam gelanggang malu pada anak murid, kalau belaku dipasar..pindah kampong atau negeri gamaknya..
Ibu dan bapa melempang anak adalah satu nikmat dan pengajaran malah diwajibkan juga dalam islam..terutama degil tak solat..
Dizaman dulu atok pendita ada ceritakan kes lempang ini..dipanggil pelampang berkat selawat..menurut cerita dulu..orang yang gagap pun boleh jadi baik jika kena “pelampang selawat nabi”, bilal atau raja sehari (pengantin) yang berkesanya bila kena pelampang sultan..Sultan atau Raja zaman dulu akan turun tahta bila kena lempang..katanya dulu kira orang tahanan pakai pelempang aja..tentu kiraannya tak akan silap.
Mengikut cerita asalnya pukulan lempang ini dari bugis..katanya kalau kena pelambang bugis bolih bawa maut..Allahuallam….
Nak jadikan cerita bila pendita dah lama dalam gelanggang bersilat..(bukan nya lama masuk pertubuhan silat)..kaji punya kaji banyak betulnya..bahawa pukulan lempang ini memangnya hebat jika dimasukkan sekali dengan isinya, kalau lempang kosong, namanya pelampang pondan,..pukulan lempang ini sungguh laju tak ada yang pelahan akan lebih terasa bila kena dibelakang tangan, sasarannya pulak selain muka sasaranya ditempat sulit, kalau kena bengok muka, kalau kena telinga jadi pekak dan kalau kena kat anu itu mahu gugur dibuatnya..disebabkan telalu laju tak sempat nak mengelak atau pergerakanya mudah dan
Jadi maka sempat juga pendita belajar dan melaksanakannya dengan segala ilmu yang ada…maka lahirlah pelempang lepu (Lepu adalah bahasa bugis ialah besi)..lepu ini adalah digunakan untuk pengalas besi..jadi kalau jadi pengalas besi tentulah lebih kuat daripada besi, itu tanyalah tukang besi atau orang pandai besi kekuatan besi lepu..
Degan kesabaran belatih dan berilmu maka dapat pendita jenamakan “Pelampang Pendita” atau “Pukulan Lepu” setakan batu sungai, batu lesong atau batu pejal ok aja mematahkannya nya..tak semuanya yang dapat belajar sebab syaratnya misti kena lempang dulu..baru dapat Ilmu “lempang lepu” bukan lokek nak ajar dah syaratnya nak buat macam mana, Nak pendikkan cerita pula, dalam banyak pelempang yang pernah pendita suka malah ramai orang suka kena adalah kena “lempang manja” pembohong lah namanya kalau tak pernah kena “lempang manja” yang jadi suka bukan kena lempangnya tapi ubatnya..
Maka belajarlah “pelebat pelampang”, nak belajar macam mana sebab belajar nanti kata bukan silat gayong sebab tidak ada dalam selibes Gayong..Allahuaalam bisawab………….
Selasa, 16 Mac 2010
Pelebat…..!
Orang persilat zaman dulu bersilat kerana pelebatnya bukan kerana buahnya, kerana pelabat dianggap tunjang dalam persilatan.. ‘buah yang manis dan rangup bukan kerana pokoknya ia adalah kerana benihnya (baka benih) kekuatan besi (senjata) pada bajanya, ketajamnya dan bisanya, bergitulah kekuatan persilat kerana asas, jurus atau pelebatnya, kekuatan persilat bukan kerana kederatnya dan berapa banyak buah yang telah diperlajarinya atau berapa banyak sukatan pelajaran yang telah dimilikinya, kekuatan persilat terletak kepada seni pelebatnya.
Kemahiran penguasaan pelebat dapat mengerakan setiap anggota pencar indera tak kira pergerakan persilatan termasuklah mepergayakan jurus silat serta tari silat secara sepontan,
Falasafah guru ada berpesan jauh berjalan luas pengelaman, banyak berguru banyak juga jurus pelabatnya, Silat Seni Gayong adalah satu diantara ratusan jenama Pertubuhan persilatan yang dalam pendaftaran dan mungkin berjuta diantara jenama persilat yang tiada dalam pendaftaran sejak berzaman dan setiap silat ada sejarahnya yang tersendiri.
Banyak kali peristiwa pendita hadir dimasjlis kenduri kahwin orang gayong yang mana orang silat gayong bila pengantin datang mula nak lari, tak mampu untuk kegelanggang silat tari dihadapat pengantin yang dianggap raja sehari, melompat keluar gelanggang bukan didalam gelanggang kerana malu atau tak tahu mengayakan gerak tari pelabat, ada yang beranikan diri hanya dapat mengayakan bungga tanjung sampai kesudah dan kebanyakan adalah ‘kita serupa’ ini amat melalukan pada pendapat pendita. Jika dibandingkan dengan silat kampongan yang tiada jenama atau didaftarkan kehebatnya disebelah pehak rombungan pengantin yang datang, lebih lagi yang menyambutnya adalah anak guru gayong, jadinya maka anak gayong adalah diantara belajar silat tampa pelebat..
Pada tahun 1980 Rombungan lawatan pertama kekota Paris kami seramai 4 orang ketika itu diketuai olih Datok A. Rahman Hassan Setiuasaha PESAKA dan Encik Sulaiman Sarijan Pegawai Kementerian Kebudayaan Malaysia berangkat kekota Paris ,walaupun rombungan kami bukan lah satu kumpulan demo silat tapi kami berjaya bersilat dan bertempur diantara guru dan lain jurusan persilatan tampa langkah sumbang walau pun dengan mengunakan senjata, saya dari Gayong Malaysia telah bersilat seni tari dan pentas tempor secara sepontan dengan mengunakan senjata keris berpasangan dengan cikgu Anuar Wahab ditengah gelanggang dihadapan ribuan penuntun termasuklah ahli pertubuhan silat eropah dalam sebuah stedium dikota Paris, kami dapat mepergayakan dengan kemahiran tersendiri tampa langkah sumbang, pada mulanya kami hanya mempergayakan pentas tangan kosong sehinggalah mungkin tepukan gemuruh penuntun saya telah terpengaruh dan dengan tidak sengaja mehunuskan keris dipinggang saya seolah mencabar bertarung dengan mengunakan keris pula, Cikgu Anuar tidak menghunuskan kerisnya pada mula dapat menepis segala serangan saya dengan tenang sehinggakan saya sendiri tidak perasan masa bila beliau telah mula menikam saya dengan keris juga, pertarungan kami menjadi hebat dengan keduanya bersenjata meperkembangkan jurus pelebat kerana langkah subang akan membawa padah sehinggalah kami berhenti dengan mengunakan cara hormat adat mencium keris pohon berhenti.
Sasautu perkataan yang indah dalam ingatan sehingga kini diperkatakan kepada pendita ketika itu terlalu muda jika dibandingkan dengan umor Aruah Cikgu Anuar Wahab Guru Tertinggi Pertubuhan Silat Gayong Fatani Malaysia yang telah tiada sekarang masih ingat katanya selepas kami bertarung demi maruah seni silat dan warisan dengan katanya………………
“Kita bertarung sebenarnya tadi tampa dirancang tampa belatih pun, semuanya gerak sepontan, dah lama saya bersilat tak pernah jumpa budak macam kamu, budak saya pun gelabah bertarung dengan saya..T walaupun kamu muda tapi telah mempunyai ilmu pelebat yang tinggi, tampa pelabat kamu tidak bolih bersilat dengan saya walaupun anak murid Gayong Fatani, nanti ceritakan kepada siapa pun walaupun dengan anak buah perguruan gayong Fatani atau Gayong Malaysia bahawa saya tak malu bersilat dengan kamu dan merasa puas walaupun tidak dapat bersilat dengan Datok Meor Rahman” Saya ketika itu tak dapat berkata apa-apa kerana keletehan dan tergamam kerana Cikgu Anuar adalah Guru Tua Silat Gayong Fatani yang saya hormati, kami bertukar keris tanda persabatan yang berkekalan sehinggalah kini walaupun Pendita Cg. Tuan Haji Amuar Wabah telah pulang ke Ramahtullah Alfatehak.
Walaupun saya cuba rahsiakan peristiwa itu dari anak murid gayong sekian lama tapi cerita itu telah menjadi bualan sepanjang hidup beliau kepada kebanyakkan guru dan murid Gayong Fatani yang tak pendita kenali salah seorang murid Gayong Fatani dihalaman email kini..
Petikan peristiwa ini hanya dapat pendita masehatkan kepada murid persilat sekelian belajarlah dan menguasailah ilmu pelabat setiap pesilatan ada pelabat, dengan menguasai pelabat kita akan dapat bersilat apa pun dengan siapa pun walaupun tidak seperguruan, silat tari ke jika dipelawa kegelanggang, ilmu tempor ke jika dicabar atau ilmu amok jika berperang..setiap perguruan silat misti ada “Pelabat”…wasalam…
Isnin, 22 Februari 2010
Serba Ringkas Biodata
• Menetap di Eropah sehingga berjaya menubuhkan empayar rangkaian Persatuan Silat Melayu (Persatuan Silat Gayong Malaysia) di Eropah / Timur Tengah / Afrika dan Amerika. Kelab-kelab silat bertaburan di Jerman, United Kingdom, France, Amerika Syarikat (California), Holland, Denmark, Norway, Sweden, Australia, Tunisia, Kuwait dan kini kekuatan murid menjangkau 20,000 ahli.
• Mendapat anugerah S.M.D Sosoles Md Denmark (Denmark) dari Kerajaan Denmark pada tahun 1989.
Tahun 1990 hingga 1995
• Diundang pulang Kerajaan Negeri Sarawak oleh YB Datuk Haji Taha Arifin bekas SUK Negeri Sarawak. merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sarawak dan beri kepercayaan sebagai orang tengah dalam penyatuan Politik Sarawak untuk menyelesaikan perbalahan di antara Pertubuhan Silat Bumi Sarawak di bawah pengaruh YTM Datuk Patinggi Tun Abdul Rahman dengan YTM Dato Seri Paduka Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmmud yang boleh menggugat politik etnik Sarawak.
• Dilantik sebagai Pegawai Pembagunan dan Kemajuan Sukan Negeri Sarawak selama 5 tahun dan telah berjaya menyatukan keseluruhan Persatuan Silat Dayak dan Silat Melayu Sarawak di bawah satu organisasi Rumpun Silat Sarawak RSS yang mana YB Dato Affendi Nawawi sebagai Presiden dan Ketua Menteri Sarawak selaku Penaung.
Tahun 1996 hingga 2003
• Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dato’ Zainal Dahlan, Speaker Negeri merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor dan ditugaskan menubuhkan gabungan Persatuan-Persatuan Sukan dibawah Majlis Sukan Negeri Selangor terutama Persatuan Sukan bangsa Cina dan India yang bermasalah, serta penyatuan Silat Melayu dibawah Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) peringkat negeri dan daerah.
• Dilantik sebagai Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Sukan dan berjaya telah mendorong Negeri Selangor sebagai sebuah empayar Sukan peringkat negeri dan kebangsaan disamping mengeluarkan atlit sukan yang cemerlang. Negeri Selangor telah menjuarai SUKMA 6 kali berturut-turut sejak tahun 1996 hinggalah 2004.
• Dilantik sebagai Pemangku Pengarah pada 3 tahun terakhir perkhidmatan sehingga 2004.
• Dikurniakan Pingat Kebesaran Negeri PJK (Pingat Jasa Kebajikkan) dan PPT (Pingat Perhidmatan Terpuji.
• Mengurus Kelab Silat Gayong dan Silat Golok Melayu di Eropah disamping menjadi penceramah jemputan persatuan Sukan terutama Sukan Tempur seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak, Singapore dan Indonesia (Jakarta).
• Menyampaikan kuliah di UiTM, UTM, UKM, MSN Selangor, MSN Pulau Pinang, MSN Kedah, MSN Perak dan MSN Wilayah Persekutuan KL dan Labuan.
KEAHLIAN PERSATUAN
• Master Ketua Jurulatih, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
• Ahli Jawatankuasa, Pencak Silat Gabungan EROPAH
• Yang Dipertua, PESAKA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
• Ahli Guru, Gabungan Rumpun Silat Sarawak RSS
• Yang Dipertua, Perguruan Pencak Golok Melayu Malaysia dan Indonesia,
• Ahli Kelab Menembak PARIS 12 bore S/G Trap (bekas)
• Penembak Negeri Selangor dan Malaysia acara Trap (bekas)
• P.P.T Pingat Perkhidmatan Terpuji (Selangor)
• P.J.K. Pingat Jasa Kebajikan (Selangor)
• A.B.S Ahli Bintang Sarawak (Sarawak)
• B.B.S. Bentara Bintang Sarawak (Sarawak)
• S.M.D . Sosoles Md Denmark (Denmark)
Jumaat, 12 Februari 2010
Khamis, 11 Februari 2010
Berita Eropah Oleh Pendita Mufti - Part 111
Hendak tinggal di Eropah dengan keadaan cuacanya yang berbeza bukanlah suatu perkara yang mudah. Ramai masyarakat Asia suka melancong ke negara beriklim sejuk dalam percutian singkat. Akan tetapi jika mereka hendak tinggal lebih lama di negara tersebut, mereka perlulah lebih bersedia dari segi fizikal dan mental termasuklah kukuh dari segi ekonomi.
Suhu yang sering bertukar boleh menyebabkan sakit yang boleh membawa kematian. Saya sendiri tidak terkecuali menghadapi situasi begini. Pada suatu ketika saya diserang demam sejuk yang boleh membawa maut jika berlarutan. Kadangkala saya terpaksa tidur di dalam tab mandi air panas selama semalaman. Orang Eropah menggelarkan demam ini sebagai demam asmara kerana pasangan yang diserang demam ini biasanya sentiasa berpelukan erat demi mendapatkan bantuan haba. Walau bagaimanapun, demam ini dianggap serius.
Masih terbayang-bayang dalam ingatan ketika saya diserang demam sejuk ini. Saya tidak berdaya langsung untuk menghadiri kuliah, mahupun ke tempat latihan silat. Ketika itu saya tinggal serumah dengan Oli. Olilah yang membawa saya ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Malangnya tidak banyak ubat yang dibekalkan oleh doktor. Cuma saya diingatkan oleh doktor agar jangan kerap mandi.
Orang Eropah jarang mandi pagi terutamanya jika cuaca atau suhu di luar sangat dingin kerana kerap mandi boleh mendatangkan sakit disebabkan perubahan suhu badan yang mendadak. Hal ini tidak bermakna mereka itu pengotor. Malah, dari segi realitinya mereka sangat pembersih. Mereka senantiasa mengambil berat tentang kebersihan diri dan tempat tinggal terutamanya di tandas dan ruang dapur.
Oli dan temannya Cerol bergilir-gilir menjaga saya dan sentiasa memeluk saya jika suhu badan saya didapati turun. Malah, kadangkala kedua-duanya sekali memeluk saya dalam satu selimut sehinggalah semalaman. Alhamdulillah, saya akhirnya pulih seperti sediakala walaupun terpaksa memakan masa yang agak lama.
Budaya
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan; banyak bergaul luas pandangan. Sejak tinggal di perantauan saya dapat melihat, merasai, menghidu, mengalami sendiri suasana kehidupan di benua Eropah dan berpeluang merasai betapa dinginnya berada pada suhu di bawah paras beku(salji) dan cuaca yang terlalu panas pada musim panas di Eropah dan pertukaran musim, haba dan cuaca yang amat berbeza dengan negara kita.
Keindahan yang Allah jadikan, daripada rupa paras manusia hinggalah kepada bentuk muka bumi yang berbeza-beza di setiap benua, adalah supaya manusia sedar betapa beruntungnya jika manusia ini dijadikan tanpa sempadan dunia. Kita tidak perlu lagi bermusuhan sesama manusia. Keindahan alam ini juga akan dapat dikongsi bersama dan kita tidak perlu bercakaran sesama sendiri untuk merebutkannya, apatah lagi menghancurkannya melalui peperangan.
Budaya ketimuran kita ada baiknya dan begitu juga tidak semua budaya orang asing(Barat) tidak baik. Saya dapat banyak mempelajari tentang budaya dan adat resam orang kulit putih, terutamanya mereka yang tinggal di Eropah. Benua Eropah dihuni pelbagai keturunan manusia, yang menempati hampir 20 buah negara; yang kesemuanya mempunyai kebaikan masing-masing, terutamanya dalam soal kebersihan.
Di Eropah, walaupun saya mengajar Silat Melayu, tidak semestinya saya wajib mengajak dan memaksa semua anak murid saya mengikut cara hidup orang Melayu. Cukuplah sekadar jika mereka dapat bertutur sedikit sebanyak dalam bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu, mereka secara tidak langsung dapat memahami budaya orang Melayu, dan seterusnya mereka akan menghormati kita. Lebih-lebih lagi pada perkataan penting, terutamanya tentang adab antara murid dengan guru kerana di gelanggang saya mengajar mereka menggunakan bahasa Melayu(sama seperti orang Jepun dan Korea bertutur dalam bahasa mereka ketika mengendalikan dojo/dojang mereka). Malah setiap murid saya boleh dikatakan telah dapat menguasai dengan baik istilah persilatan yang saya gunakan, dan secara tidak langsung saya pula mula pandai bertutur dalam bahasa mereka.
Bak kata pepatah, "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum", barulah kita boleh hidup di mana-mana muka bumi Allah ini, dan budaya kita yang suka merendah diri menyebabkan orang Melayu kita disenangi oleh semua bangsa. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Semasa di Eropah, saya banyak belajar tentang perkara baru terutamanya dalam hal yang bersifat peribadi. Orang kulit putih jarang ingin mengambil tahu soal peribadi orang lain (atau dengan kata lain, suka menjaga tepi kain orang). Malah hendak bertanyakan soalan peribadi pun mereka perlu meminta izin, sehinggakan untuk bertanyakan umur pun mereka meminta izin daripada kita terlebih dahulu. Apatah lagi hendak bertanyakan soalan yang bersifat terlalu peribadi.
Kita berjabat tangan untuk mengenalkan diri, sedangkan mereka akan menyentuh pipi, kiri dan kanan secara sopan bagi mengenalkan diri, dan akan berpelukan seketika sekiranya orang itu kenalan rapat, sama seperti yang dilakukan oleh orang Arab. Perlakuan ini harus dilakukan dengan ikhlas dan jujur kerana mereka boleh merasai secara dalaman dan spontan jika perlakuan itu tidak dilakukan dengan niat ikhlas(misalnya, jika disertai dengan niat ingin mengambil kesempatan).
Soalnya mengapa kita tidak melakukannya dengan ahli keluarga kita sendiri, misalnya dengan isteri dan anak-anak kita, lebih-lebih lagi kedua-dua ibu dan bapa kita, orang yang paling mulia di sisi Allah. Dalam perlakuan ini soal kebersihan diri dan pakaian adalah penting, malah memakai wangi-wangian menjadi agenda utama.
Setelah sekian lama menghuni tanah Eropah, dan mempunyai ramai murid di seluruh Eropah, saya masih boleh mengecam kesemua murid saya walaupun jika mata saya ditutup apabila memeluk atau dipeluk dan saya pula sentiasa memakai bau-bauan minyak atar Arab (untuk mendapat pahala sunnah Nabi). Kemesraan sering terjalin setiap kali kami bertemu. Begitupun mereka tetap menghormati saya sebagai guru atau master mereka.
Digeruni
Untuk menjadi seorang gurulatih yang berjaya terutamanya gurulatih yang boleh melangkah ke taraf antarabangsa, seseorang itu perlu ada ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam bidang yang diceburi. Perlu ada sifat suka mencari dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan perlu mempunyai sikap yang kreatif, tegas dan terbuka dalam menerima segala bentuk cadangan. Murid banyak belajar daripada guru tetapi ada sesuatu yang ada pada murid yang dapat dipelajari oleh guru. Walau bagaimanapun, guru sebagai model, idola atau contoh yang akan menjadi ikutan murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi terutamanya dari segi perwatakan. Di dalam gelanggang, seseorang guru perlu mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi. Namun begitu, seseorang guru mempunyai cara tersendiri dalam menentukan sikapnya. Terpulanglah kepada proses penerimaan anak murid masing-masing, yang tentunya minda mereka dipengaruhi oleh suasana persekitaran tempat tinggal dan budaya serta adat resam mereka.
Saya sendiri mempunyai sikap suka berjenaka dan bergelak ketawa serta boleh dibawa bergurau apabila di luar gelanggang. Akan tetapi, sebaik sahaja berada di dalam gelanggang, sikap saya bertukar dengan sendirinya menjadi bengis dan garang seperti harimau, yakni sebaik sahaja saya menyarung pakaian silat, sehinggakan saya begitu digeruni oleh anak-anak murid saya. Walaupun kadangkala terdapat perkara yang agak melucukan daripada gelagat murid di dalam gelanggang, misalnya oleh sebab sesuatu pergerakan yang sukar dilakukan oleh mereka atau mereka tidak memahami arahan yang diterima, mereka beramai-ramai secara spontan akan ketawa terbahak-bahak. Tetapi, sebagai guru saya tetap menahan diri agar tidak turut sama ketawa, malah bertindak membeliakkan biji mata sebagai isyarat untuk meredakan keadaan dan memberikan arahan kepada mereka agar segera meneruskan latihan.
Proses ini memakan masa yang lama untuk murid menerimanya dan menjadi lebih mudah jika mereka telah dapat menerimanya. Malah, menjadi kebanggaan kepada mereka pula kerana mempunyai guru yang tegas di gelanggang, sehinggakan ada yang ingin meniru gaya saya apabila saya belum masuk ke gelanggang.
Suatu peristiwa beberapa orang murid wanita tersentak dan menangis apabila saya menengking dan memarahi mereka kerana bergurau di dalam gelanggang yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain. Yang selalu kena dimarahi sewaktu di gelanggang ialah Qaudi, Cerol dan Susan dan saya biasanya mendapat "pembalasan" apabila berada di luar gelanggang dan kadangkala oleh kerana terlampau marah dengan sikap saya di gelanggang, sehinggakan sampai di rumah pun marah mereka masih belum reda. Dan peranan kita adalah untuk memujuk mereka semasa di luar gelanggang dan bukannya semasa dalam latihan. Di dalam gelanggang kita cuma memberi nasihat, dan gelanggang bukannya tempat untuk pujuk-memujuk. Saya sendiri seakan tidak sedar mengapa agaknya saya menjadi terlalu bengis seperti "harimau kumbang" apabila terlalu lama dalam pakaian silat ketika mengajar. Yang peliknya, sikap saya akan bertukar seperti sediakala dengan sendirinya apabila latihan tamat.
Walau bagaimanapun, sikap saya ini dapat saya kekalkan sehingga kini hingga dapat melahirkan begitu banyak anak murid dan jurulatih yang cemerlang di dalam dan di luar negara terutamanya selepas saya pulang ke tanah air Malaysia suatu ketika dahulu. Antaranya bekas juara dunia saudara Ahmad Fauzi Othman, Wan Aminuddin Baki, Faizal komando, Ahmad Khusairi Ibrahim, Zakaria, Ruzaidi Abd.Rahman, Hery, Mohd Rafi, Normala, Linda dan antara pesilat Sarawak adalah Ramli Ahmad, Md Zakie Othman, Zaam, Hamidah dan jurulatih Sarawak kini, saudara Hussin Zawawi. Mereka ini terlalu amat membenci saya di dalam gelanggang sehinggakan ada yang kena tangan kerana terlebih ajar. Walau bagaimanapun saya amat senang dan bangga atas kejayaan mereka. Dengan cara dan sikap bengis sayalah mereka berjaya menjadi juara dan kini menjadi jurulatih kebangsaan di kejohanan antarabangsa. Syabas kepada mereka yang telah mengharumkan nama Malaysia.
Saya tidak kisah jika ada antara mereka yang tidak menegur saya sehingga kini kerana kemarahan mereka yang masih belum reda. Sebagai guru yang telah mengajar mereka, saya tetap guru mereka. Ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain, ilmu yang saya curahkan adalah ikhlas. Terpulanglah kepada murid yang menerimanya. Ingatkan apabila dah tua-tua begini kot-kot sikap boleh berubah, tetapi nampaknya bertambah garang pula. Sampaikan hendak turun mengajar pun takut untuk mengenakan pakaian silat. Ada juga jurulatih yang datang ke rumah hendak tambah ilmu; habis kena halau sebab tidak cukup syarat pelebat. Gelanggang besar telah pun dikecilkan; boleh muat sepasang pesilat sahaja sekali berlatih. Hendak cuba datanglah! Tapi ada juga yang cenge sampai penamat pun kena kerat dan kena pancung dengan parang dan ada yang dah kena tembak dengan senapang. Mereka ini masih hidup lagi. Bertanyalah kepada mereka. Saya ini tidak lokek ilmu. Lebih banyak ilmu yang dicurahkan, lebih banyak lagi yang Allah akan tambah. Ibarat kata pendeta silat zaman dahulu "ilmu guru bagaikan mata air yang tidak akan kering." Apa yang penting setiap murid perlu ada guru dan begitu juga sebaliknya. Lebih banyak berguru lebih banyak ilmu, tetapi kenalah pilih guru yang macam mana.
Rombongan pesilat Malaysia
Berita perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia telah mula mendapat tempat di Eropah. Saya telah dipanggil untuk menghadiri pelbagai seminar seni bela diri di Eropah, sehinggakan Silat Seni Gayong telah mendapat tempat di majalah sukan seperti majalah KARATE BUSHIDO. Pengarang majalah tersebut terlalu ingin untuk bertemu dengan saya. Beliau ialah Mr. Py Benolliel, yang juga pengarah penganjuran BERCY iaitu pertunjukan Seni Bela Diri Eropah, yang dianjurkan setiap dua tahun sekali dan mendapat liputan meluas daripada media di seluruh dunia. Pada akhir perbincangan dengan beliau, Mr. Benolliel telah mencadangkan agar diperlihatkan keunggulan Silat Malaysia di pertunjukan BERCY pada tahun itu(1990). Peluang ini tentu sahaja tidak akan saya lepaskan. Saya segera berangkat pulang ke tanah air. Oleh kerana masa yang terlalu terhad bersama beliau untuk memperlihatkan sendiri keunikan silat Malaysia, kami berdua telah melawat ke seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak. Silat yang diputuskan untuk diketengahkan ialah Silat Seni Gayong Malaysia, yang akan dijadikan sebagai pertunjukan utama. Rombongan Silat Seni Gayong diwakili oleh Cikgu Adiwijaya, Sdr. Ezhar Abas, Sdr. Rasul Ghani, Sdr. Faid Musa dan Rosni Ahmad. Di samping itu, turut serta dalam rombongan kesenian dari Malaysia ialah Silat Wali Songo yang diwakili oleh Pak Alang, Silat Sendeng diwakili oleh Sdr. Jamaluddin A. Jalal dan dua pasang penari tarian ngajat (suku kaum Iban) dari Sarawak serta pegawai pengiring Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Sdr. Sulaiman Sarijan dan Setiausaha Agung PESAKA ketika itu Sdr. A. Rahman Hassan.
Rombongan Malaysia ini dibiayai oleh pihak penganjur dan mendapat sokongan penuh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia. Pertunjukan tersebut berlangsung dari 16 Mac hingga 4 April 1990 dan pihak penganjur terpaksa membuat liputan media beberapa hari sebelumnya. Gambar pesilat Malaysia terpapar pada kulit hadapan majalah KARATE BUSHIDO dan pada papan iklan di merata-rata tempat di kota Paris termasuklah di 400 buah stesen Metro bawah tanah di kota Paris. Persatuan Silat Seni Gayong Perancis ketika itu terlalu sibuk melayani segala pertanyaan dan penerimaan murid baru dan tidak ketinggalan juga panggilan ugutan daripada pihak tertentu yang begitu cemburukan perkembangan tersebut.
Oleh kerana pada ketika itu suhu menjadi terlalu dingin disebabkan pertukaran musim di Eropah, maka ramailah ahli rombongan Malaysia yang kurang sihat dan beberapa pasangan pesilat terpaksa dirombak semula dan saya sendiri tiada pilihan lain selain terpaksa mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut. Saya bermain parang panjang bersama bekas murid saya, Sdr. Rosni Ahmad yang lebih mesra dipanggil Pak Ngah. Dah lama juga saya tidak bermain parang panjang bersama beliau. Saya dan beliau membuat latihan tambahan di gelanggang tempat saya mengajar termasuklah di dalam rumah saya. Saya juga dipinjam oleh Silat Wali Songo untuk pertunjukan tenaga dalam (kebatinan) dengan dibakar pada malam pertunjukan tersebut.
Pada malam pertunjukan itu, sambutan yang diterima begitu mengalakkan. Malah pertunjukan tersebut mendapat sanjungan daripada seluruh warga kota Paris dan persatuan seni bela diri di seluruh Eropah. Dan hasil daripada pertunjukan tersebut, persatuan kamilah yang paling sibuk kerana terpaksa melayani pelbagai pertanyaan terutamanya apabila mendapat banyak ahli-ahli baru. Beberapa kelab baru telah ditubuhkan, seperti di Jerman, Tunisia, Denmark, Norway dan Sweden.
Berita Eropah Oleh Pendita Mufti- Part 11
Antara pesilat yang sering mengikut saya pulang ke tanah air ialah Mr. Philippe (Adagio Philippe) yang kini telah diiktiraf sebagai pembantu jurulatih dan pemegang bengkung Pelangi Kuning Cula 5. Beliau telah saya tugaskan untuk mengendalikan kelab silat di selatan Perancis. Beliau telah berjaya membuka sebanyak empat buah kelab Silat Seni Gayong Malaysia, sedangkan saya sewaktu menetap di kota Paris berjaya membuka empat buah kelab silat.
Kelab KIJI kota Paris
Kelab Kiji Kota Paris merupakan sebuah kelab yang terbesar dan termoden di Eropah, terletak di zon Paris 3. Kelab ini dimiliki oleh seorang berbangsa Jepun bernama Master Sato San yang berketurunan wira Samurai dan terdapat juga pelbagai seni bela diri dunia seperti karate, taekwando, hapkido, kendo dan judo ditempatkan di kelab tersebut. Latihan di kelab tersebut dikendalikan oleh Master bertaraf antarabangsa. Setiap kali selepas mengajar silat saya sering ke kelab tersebut untuk meninjau sejauh mana sambutan aktiviti seni bela diri di Paris. Hasrat saya sungguh menebal dan saya bercita-cita tinggi untuk membuka Jurusan Gayong di kelab tersebut. Walaupun kos pengurusannya mahal, kerana melibatkan kos pengiklanan di media cetak seperti di majalah Karate Bushido dan di rangkaian TV, saya sering singgah di kelab tersebut untuk mencari ruang dan kesempatan untuk bertemu dengan pemilik kelab tersebut. Bagaimanapun, usaha saya setiap kali untuk berjumpa beliau menemui kegagalan. Hasrat saya itu tidak saya maklumkan kepada sahabat-sahabat saya. Walau bagaimanapun, Qaudi telah menghidu sejak awal segala pergerakan saya dan beliau sanggup membantu saya dengan sedaya upaya beliau sehinggakan sanggup untuk menjual kafenya sebagai modal pengurusan sambil menyatakan alasan yang beliau tidak berkesanggupan untuk menguruskan kafe tersebut kerana tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan. Hasrat untuk membuka kelab di Kiji terpaksa saya tangguhkan dahulu kerana saya sendiri sayangkan perniagaan kafe tersebut kerana di kafe inilah bermulanya kami mentadbir urusan kami dan Gayong terutamanya sebelum dan selepas latihan silat kami akan berkumpul semula di kafe, bekerja dan berehat sehinggalah larut malam dan kadangkala disebabkan suhu malam yang terlalu dingin kami beramai-ramai tidur sahaja di kafe ini dan meneruskan aktiviti masing-masing pada siang esoknya.
Qince Cafe de Paris
Qince Cafe de Paris terletak di Rue de Duoi Paris, tidak jauh dari Opera Centre. Di sinilah berlakunya peristiwa amuk si pemabuk dan saya bertemu Mr Handison dan anak tunggalnya Qaudi yang berketurunan Jerman. Ibu Qaudi telah berpisah dengan bapanya dan kini tinggal dengan keluarga barunya di Rom, Itali. Mr Handison seorang yang baik, peramah dan sangat murah hati. Saya amat senang berkomunikasi dengan beliau. Meskipun beliau seorang penganut Kristian yang taat, beliau amat menghormati agama Islam. Kadangkala kami banyak berbual tentang soal agama dan beliau banyak mendapat maklumat tentang agama Islam hasil daripada perbualan kami dan beliau tiada halangan membenarkan saya menggunakan bilik rehat di kafe sebagai ruang sembahyang. Malah, kadangkala beliau sendiri yang mengingatkan saya tentang waktu sembahyang.
Qince Cafe de Paris
Hampir setiap masa selepas habis kuliah saya akan berkunjung ke kafe beliau, sehinggalah saya ditawarkan bekerja dengan beliau sebagai pelayan di bar kafe dengan bayaran gaji yang berpatutan. Di kafe beliau terdapat ramai juga pekerja - seorang mengendalikan bar liquor (minuman keras), seorang mengendalikan bar kopi, tukang masak sarapan, beberapa pelayan dan seorang pekerja am. Bagi saya hendak menguruskan sebuah kafe di kota Paris yang banyak kerenah bukanlah suatu perkara yang mudah. Itulah perkara yang sering dirungutkan oleh Qaudi saban hari setelah ketiadaan ayahnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia Qaudi terpaksa menguruskan sendiri kafe tersebut kerana syarat pajakan dengan pemilik bangunan yang terlalu lama serta terpaksa melangsaikan pinjaman bank. Saya tiada pilihan lain selain terpaksa membantu beliau menguruskan kafenya walaupun saya kesuntukan waktu serta tidak mempunyai pengalaman. Pernah suatu ketika dahulu kami memajakkan kafe tersebut kepada seorang usahawan dan kami juga pernah serahkan kafe itu kepada seorang pengurus yang berpengalaman untuk mengambil alih tetapi semuanya mengalami kerugian kerana kami sering ditipu dalam jumlah kutipan wang tunai harian dengan pelbagai alasan. Hal ini membuatkan kami serik dan bertekad untuk menguruskan sendiri kafe tersebut dengan dibantu kawan-kawan daripada kalangan murid-murid silat.
Saya daripada tidak tahu memasak telah agak pandai memasak dan banyak jugalah menu masakan Malaysia telah saya perkenalkan di Paris seperti nasi goreng, mi spageti bandung dan sate johor sehinggakan kafe kami dikenali kerana masakannya yang terpedas di kota Paris dan timbullah perkataan "pedas bagus" oleh pelanggan tetap kami, dan Qaudilah pelanggan tetap setia saya yang pandai makan masakan pedas sehinggakan kalau Qaudi sendiri yang memasak, saya sendiri pun tidak tahan pedas kerana masakannya yang terlalu pedas.
Kafe ini telah meninggalkan banyak kenangan pahit manis buat saya, Qaudi dan kawan-kawan kerana di sini telah diadakan majlis perkahwinan pasangan Oli dan Cerol, dua orang pesilat Gayong Perancis. Di sini juga berlakunya peristiwa kenangan pahit di mana Qaudi meninggal dunia kerana sakit kanser. Di sini saya bertemu Qaudi dan mengenali beliau sepanjang hampir lima tahun saya berada di kota Paris. Di sinilah beliau mengenali Islam dan memeluk agama Islam dengan nama Q'tijah Abdullah dan di sinilah bermula dan berakhirnya penguasaan Silat Seni Gayong kita di bumi Eropah dan dari sini jugalah saya melangkah pulang ke tanah air Malaysia yang tercinta.
Kafe ini terpaksa ditutup juga akhirnya kerana menurutkan wasiat Qaudi. Qaudi meminta agar kafe ini dijual untuk melangsaikan segala hutang pajakan dan pinjaman bank, manakala bakinya sebahagian didermakan sebagai sedekah jariah dan sebahagian lagi diserahkan kepada ibunya.
Kesatuan Pencak Silat Perancis
Tuan Raban telah mencadangkan agar Silat Seni Gayong Malaysia Paris bergabung dengan Kesatuan Pencak Silat Perancis apabila beliau mendapat tahu kami akan menubuhkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Perancis. Ini bermakna seluruh kelab Silat Seni Gayong di Paris dan di selatan Perancis akan bernaung di bawah satu pertubuhan iaitu Gayong Perancis yang bertaraf nasional dan akan bergabung dengan Kesatuan Pencak Silat Eropah yang berpusat di Holland(Belanda).
Kebanyakan ahli jawatankuasa Silat Seni Gayong tidak bersetuju dengan cadangan penggabungan tersebut kerana mereka telah dapat menghidu pergerakan dan perancangan yang tidak baik oleh Tuan Raban, terutamanya Marco dan isterinya, Salleve yang telah lama mengenali Tuan Raban. Pasangan Marco menguruskan kelas Gayong di Coulommes, sebuah bandar di luar kota Paris.
Tuan Raban telah saya kenali sejak awal lagi dan beliau banyak menasihati saya dalam banyak perkara semasa saya mula-mula menjejakkan kaki di kota Paris. Saya seolah-olah telah terhutang budi dengan beliau. Sebagai ketua, saya tetap dengan keputusan saya untuk bergabung dengan Kesatuan Pencak Silat Perancis. Dan saya telah dilantik sebagai Pengarah Teknik Persilatan Kesatuan yang di bawahnya tergabung beberapa jenis pencak silat dari jurusan Setia Hati Teratai, Bandung Betawi, Helang Putih Jawa, Silat Bangau Putih dan Silat Seni Gayong Malaysia. Mesyuarat gabungan Kesatuan telah diadakan pada 1989 di Arken, Jerman, dan Perancis telah diterima dalam gabungan Pencak Silat Eropah.
Silat Seni Gayong Denmark
Setelah melihat pengurusan Gayong Perancis dapat dilaksanakan dengan baik, maka saya pun menghubungi Kesatuan Melayu Champa untuk menyambung kembali aktiviti silat. Saya telah berkunjung ke negara Denmark bersama dengan satu rombongan pertunjukan dari Paris. Saya berada di Denmark selama enam bulan sambil mengajar sekumpulan 50 orang pesilat di pusat sukan daerah di Hasleu dan sering berulang-alik ke Paris kerana menziarahi Qaudi yang sering menghadapi masalah kesihatan.
Bersama wakil Kesatuan Melayu Champa di Denmark.
Perkembangan silat di negara Denmark disambut dengan baik oleh masyarakat pelajar. Dalam waktu yang singkat sebuah kolej sukan yang berpusat di Ringsted dan berada di bawah program kebudayaan, melalui ketuanya Dr.Anton telah mempelawa saya mengajar Silat Seni Gayong Malaysia di kolej berkenaan di bawah sukatan pelajaran ko-kurikulum. Saya berkhidmat di kolej tersebut sebagai pensyarah sambilan selama setahun dan telah disambung oleh seorang pembantu saya bernama Mr.Thomas buat beberapa tahun berikutnya.
Visa
Pada satu hari semasa saya sedang mengajar seperti biasa di kelab Bastille, sekumpulan penguatkuasa telah datang untuk menangkap saya kerana telah menyalahgunakan visa pelajar untuk mencari pendapatan melalui kerjaya sebagai jurulatih silat profesional. Saya berasa bingung ketika itu dan saya telah ditahan di pusat tahanan sebelum proses penghantaran pulang ke Malaysia dapat dilakukan. Ketika itu barulah saya tahu bahawa segala rancangan ini telah dilakukan oleh Tuan Raban yang berasa tidak senang hati dengan perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia di Paris, yang telah berkembang dengan begitu cepat sehingga mengatasi dan menggugat pengaruh beliau sebagai Master Silat di Perancis. Perkara ini berlaku setelah beliau mendapat khabar angin daripada setiap perguruan silat di Perancis bahawa mereka akan melantik saya sebagai Presiden Pencak Silat Perancis pada tahun berikutnya walaupun saya telah menegaskan bahawa saya tidak berhasrat untuk menyandang jawatan tersebut. Perkara ini sering saya tegaskan kepada beliau.
Sebagai Presiden, beliau tidak mahu terlibat untuk menyelesaikan masalah saya di tempat tahanan. Selama tiga hari saya tidak dibenarkan berjumpa sesiapa pun bagi menyelesaikan masalah saya itu, walaupun untuk diikat jamin. Di sinilah saya telah diuji oleh Allah S.W.T. Saya tidak makan selama tiga hari kerana berpuasa. Saya sekadar berbuka puasa dengan segelas air sejuk sahaja. Lagipun makanan yang disediakan adalah tidak halal (daging babi sahaja). Ini menyebabkan kebanyakan penguatkuasa di pusat tahanan menjadi risau dan hairan serta takut kemungkinan kalau-kalau saya akan mati dalam tahanan. Saya telah dipaksa untuk makan tetapi saya menyatakan bahawa saya berpuasa dan pada hari keempat mereka memberikan tawaran kepada saya untuk membenarkan saya berjumpa sesiapa asalkan saya bersetuju untuk makan. Jadi saya menerima tawaran tersebut dan meminta pegawai tersebut membenarkan saya berjumpa Qaudi, Cerol dan Oli serta membenarkan mereka membawa makanan untuk saya.
Pada lewat tengah malam, Qaudi dan Oli datang untuk melawat saya di pusat tahanan. Keadaan Qaudi yang agak tenat sentiasa dibantu bergerak oleh Oli dan Cerol. Kami telah berbual panjang dalam waktu yang terhad. Pada keesokan harinya saya dibenarkan keluar dengan bersyarat setelah dijamin oleh pegawai Kedutaan Malaysia, Encik Shahril (orang Gombak), yang telah bertugas hampir tiga tahun di Paris. Saya terpaksa meninggalkan Perancis dalam tempoh 48 jam. Dan setelah berbincang dengan kawan-kawan, destinasi saya seterusnya adalah kota London kerana di sana terdapat Pejabat Duta Besar Malaysia di Eropah.
Di London saya sentiasa dilawati oleh sebahagian besar murid saya dari seluruh Eropah setelah berita itu tersebar di kalangan ahli Silat Seni Gayong di sana, lebih-lebih lagi cerita saya berpuasa tanpa makan selama tiga hari walaupun ada dihidangkan banyak makanan di pusat tahanan. Dan natijah daripada peristiwa tersebut, semakin banyak perguruan silat menghormati dan mengagumi saya dan mereka berpendapat bahawa saya telah dapat menguasai tenaga dalam yang hebat.
Saya berada di London selama tiga minggu. Pada hari berikutnya saya telah didatangi oleh seorang insan yang sering saya nantikan kehadirannya bersama beberapa orang penting dalam hidup saya dan atas hajat dan permintaan serta pertolongan yang terakhir serta kerelaan daripada kami sendiri demi persahabatan yang ikhlas, saya memohon visa PR(penduduk tetap) melalui negara Denmark kerana antara ahli keluarga murid saya, ada yang mempunyai hubungan dengan orang dalam di negara tersebut. Saya amat terharu atas pengorbanan demi pengorbanan yang beliau berikan... (perkara ini tidak dapat saya ceritakan kerana ia akan terus menjadi rahsia abadi kami dunia dan akhirat). Dan setelah semuanya selesai, dengan dokumen yang sah saya pun memasuki kembali negara Perancis melalui negara Denmark dan kira-kira enam bulan berikutnya, saya berjaya mendapatkan visa PR serta kebebasan hidup sebagai warga Kota Paris yang penuh dengan misteri.
Setelah berada di Paris dan atas nasihat semua cawangan Silat Seni Gayong Perancis, kami pun mengambil keputusan untuk keluar daripada Kesatuan Pencak Silat Perancis. Walau bagaimanapun, kami masih mempunyai hubungan rasmi dengan Kesatuan Pencak Silat Eropah atas kehendak Kesatuan Pencak Silat Eropah sendiri kerana saya adalah antara master silat yang dihormati dan terkenal dengan gelaran "Master Black Tiger" di kalangan mereka terutamanya murid-murid saya di Eropah. (Sayugia diingatkan bahawa suatu ketika dahulu sewaktu saya mula-mula memasuki Silat Seni Gayong pada 1970, Dato' Meor Abdul Rahman telah digelar Black Tiger of Malaysia).
Tempur di Jalanan
Saya pulang ke rumah agak lewat kerana mengajar di kelab Marco di Coulommes, di luar Paris. Kebetulan perkhidmatan kereta api (Metro) ke bandar Paris menghadapi gangguan kelewatan. Apabila sampai di bandar, saya terus berjalan kaki mengikut jalan pintas dan cuba memotong melalui lorong di celah-celah bangunan yang agak gelap. Dengan tidak disangka-sangka saya telah dihalang oleh sekumpulan enam orang pemuda liar jalanan. Mereka cuba menyamun saya dengan menggunakan senjata pisau dan kayu. Seorang daripada mereka berkata bahawa jika saya hendak melalui kawasan itu maka saya perlu membayar tol. Saya mengambil keputusan untuk tidak akan mengunakan laluan itu, maka saya tidak perlu membayar apa-apa tol. Saya bercadang untuk berpatah balik menggunakan jalan lain. Mendengar penjelasan saya, salah seorang daripada mereka naik berang lalu terus menyerang saya menggunakan pisau sehingga menembusi jaket kulit yang saya pakai. Pisau tersebut seolah-olah melekat di perut saya dan saya dapat rasakan bahawa pisau tersebut direntap kembali oleh penyerangnya untuk mengulangi tikaman buat kali yang kedua. Ketika itulah seperti kilat saya menyambutnya dan melakukan gerak berselindung di antara celah-celah kumpulan tersebut sehinggakan mereka sesama sendiri menyerang satu sama lain dan ramai yang terkena serangan rakan sendiri. Saya berasa hairan mengapa serangan-serangan padu dan kuat tersebut tidak ditujukan kepada saya, yang telah bersedia menanti segala bentuk serangan. Dalam keadaan kelam-kabut tersebut ada penyerang yang rebah ke tanah dan mendapat cedera parah sedangkan saya cuma berdiri sebagai penonton sahaja. Saya melihat mereka rebah satu demi satu dan ada yang sampai tidak sedarkan diri, menjerit ketakutan dan ada yang lari dalam keadaan kesakitan macam dirasuk syaitan, walhal saya tidak bertindak apa-apa pun sekadar bertindak "langkah hindar diri" di celah-celah kumpulan tersebut. Saya melangkah pulang dengan langkah longlai sambil membalut luka di perut saya dengan baju silat, yang saya anggap luka akibat ditembusi pisau tersebut. Sepanjang perjalanan saya tidak sanggup melihat perut saya yang mungkin telah robek. Apabila sampai di rumah saya berasa diri saya diperhatikan dan kawan-kawan saya bertanya cemas,
"Kenapa dengan you ni, apa yang dah berlaku, kenapa dengan perut you?"
Saya tidak menjawab soalan-soalan tersebut. Saya terus bergegas ke bilik air. Saya membuka pakaian satu per satu dan kemudian barulah saya tahu bahawa saya tidak mengalami apa-apa luka mahupun calar. Pada masa yang sama di luar kedengaran suara-suara cemas. Mereka mengetuk-ngetuk pintu untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Lalu dengan suara selamba saya menjawab,
"You tadi masak pedas sangat dan sekarang ini saya kena cirit-birit dan tolong jangan ganggu saya. Saya sedang memerut ni."
Dari kejadian ini, saya bersembahyang hajat dan memanjatkan rasa syukur kerana telah dilindungi Allah atas peristiwa tadi.
Dicabar
Aktiviti harian saya berjalan seperti biasa. Selepas membantu di kafe, saya bergegas ke kelab di Bastille. Oli yang saya tugaskan membantu di kelab tersebut menghadapi masalah besar apabila dia dicabar oleh salah seorang tetamu yang tidak diundang. Kebetulan saya sampai di situ dan cuba meredakan pertengkaran tersebut. Saya memperkenalkan diri saya sebagai Master di situ. Dengan pantas lelaki tersebut mencabar saya di hadapan murid saya yang telah lama mengikuti latihan di kelab itu. Tampaknya di hadapan saya berdiri seorang tetamu yang ingin mencabar saya dengan pertaruhan bahawa beliau akan mengambil alih kelab itu jika saya tewas. Pada firasat saya beliau bukanlah orang sebarangan kerana dari segi susuk tubuhnya yang mantap beliau tentunya ahli seni bela diri yang mahir. Demi maruah, saya dengan tenang menerima cabarannya. Pemuda itu bertanya kepada saya apakah tawaran saya jika dia tewas. Dengan tenang saya menyatakan bahawa beliau tidak akan rugi apa-apa cuma saya berharap pemuda itu akan memaafkan saya dan dia tidak perlu datang ke sini lagi.
Saya mengarahkan anak murid saya supaya beredar dan jika hendak menonton boleh tetapi jangan membantu walau apa pun yang terjadi. Dengan kata-kata tersebut hampir semuanya ingin melihat kesudahan ceritanya. Saya menjemput orang tersebut ke tengah gelanggang. Dengan pantas beliau melompat ke tengah gelanggang dan membuat gerakan asas untuk memanaskan badan. Melihatkan kepada pergerakan tersebut, maka benarlah seperti sangkaan awal saya bahawa pemuda itu adalah seorang ahli bela diri yang mahir. Seperti biasa sebelum memulakan sesi latihan saya membuka gelanggang dan berdoa. Saya tidak diberi kesempatan untuk melakukan gerakan asas dan pemanasan badan. Saya berjabat tangan dengannya tanda pertarungan itu adalah perlawanan persahabatan. Beliau menyambut salam saya, dan ketika itulah saya menyatakan bahawa dia bertubuh tegap dan kuat, dan saya berkata lagi, saya hanya akan memegang salah satu daripada jari-jarinya sahaja dan membuat cabaran bahawa dengan pegangan tersebut dia tidak akan mampu bangun. Mendengar kata-kata saya tersebut beliau menjadi berang dan dengan pantas menghulurkan salah satu jarinya. Saya berkata lagi, "tuan harus baring". Ia pun baring dengan pantas tetapi secara menelentang. Saya menyuruh dia meniarap. Sebaliknya dia mengiring. Dia tidak faham arahan saya, lalu saya pun membetulkan kedudukannya satu persatu. Tanpa disedari saya pun melakukan pergerakan Buah Kunci Mati 18 Gayong serta gabungan Buah Silat Cucu Tok Kiyai (amat sesuai untuk orang yang sombong) sekadar memegang salah satu dari jarinya dengan lembut. Saya lalu mengarahkan dia bangun jika boleh. Sebaliknya apa yang berlaku kedengaran dia meraung kesakitan dan tidak berdaya kerana semakin kuat dia meronta semakin lemah dirinya sehinggakan dia menjadi tidak bermaya dan kehabisan banyak tenaga. Dengan suara yang terlalu perlahan beliau merayu agar saya melepaskannya dengan segera. Dengan perlahan saya pun melepaskan kuncian tersebut dan membantu pemuda itu bangun kerana dia berkeadaan terlalu lemah dan hampir tidak sedarkan diri. Saya segera mengarahkan Oli agar mengambil segelas air dan memberikan orang itu minum supaya segala sarafnya dapat berfungsi seperti sediakala. Saya segera meminta maaf dan membantu pemuda itu pergi ke bilik persalinan. Apabila saya kembali semula ke gelanggang, saya disambut dengan sorakan gembira oleh murid setia saya, sehinggakan ada yang menangis terharu sambil memeluk saya tanda gembira bercampur cemas takut-takut jika saya tewas kerana saya akan kehilangan kelab ini. Sesi latihan kali ini kami habiskan dengan duduk bercerita dan bersembang-sembang sambil diri saya diurut manja oleh anak-anak murid saya secara bergilir-gilir. Antara mereka ada yang bertanya mengapa mereka tidak pernah melihat atau diajar buah kunci mati dan saya menerangkan bahawa buah kunci mati adalah pelajaran yang paling tinggi dan saya tidak dibenarkan oleh Mahaguru (Dato' Meor Abdul Rahman) untuk mengajar buah tersebut kepada mereka di sini dan kalau mereka hendak mempelajarinya juga haruslah di gelanggang Malaysia. Itu pun kalau diizinkan oleh Mahaguru. Ini adalah janji saya sebelum dibenarkan mengajar di Eropah. Walau bagaimanapun, selepas mereka semua tamat dalam latihan kombat, saya akan mengajar mereka buah kombat pisau, tetapi mereka diingatkan supaya mestilah rajin datang latihan walaupun tanpa kehadiran saya.
"Kamu mestilah menghormati guru yang berada di hadapan walaupun bukan saya yang mengajar. Oli adalah wakil saya dan juga pembantu saya. Orang silat haruslah berbudi bahasa dan jangan sombong dan kita semua adalah bersaudara bukannya bermusuh. Kita bukan kuat. Kita bersilat kerana kita tidak kuat. Yang menjadikan kita kuat adalah ilmu silat. Hendak mendapat ilmu silat hanyalah menerusi latihan. Lebih kerap kita berlatih, lebih banyak kita menguasai ilmu silat." terang saya.
Sejak daripada peristiwa tersebut dan hasil nasihat yang diberikan, kedatangan dan sambutan murid kelab Bastille sungguh menggalakkan dan perhubungan kami menjadi terlalu rapat dan kumpulan inilah yang sering datang sebagai sahabat dan pelanggan di kafe Qaudi terutamanya pada malam minggu. Keadaan kafe menjadi penuh sesak dan riuh rendah dengan gelagat orang-orang Eropah.
Tawaran
Sedang Saya, Qaudi, Oli dan Cerol bersiap-siap berkemas untuk menutup kafe dan kebetulan keesokannya kami cuti, tiba-tiba muncul sebuah kereta limusin panjang berwarna hitam berhenti di hadapan kami dan Batrik, anak murid saya keluar sambil mempelawa kami menaiki keretanya. Beliau menyatakan bahawa abangnya ingin berjumpa dengan saya. Kami agak bingung kerana tidak menyangka Batrik yang pendiam serta pemalu itu mempunyai kemewahan yang sukar dimiliki oleh kebanyakan warga kota Paris. Batrik yang kami kenali berketurunan kacukan Latin jarang sekali mengikuti kumpulan kami. Malah, setiap kali selepas habis latihan, beliau segera pulang sambil ditemani oleh beberapa orang pemuda. Kini barulah kami tahu bahawa pemuda-pemuda tersebut adalah pengawal peribadinya.
Kami menerima pelawaannya. Kereta yang kami naik terlalu besar sehinggakan walaupun kami berlima menaikinya masih banyak lagi ruang di dalamnya. Kereta limo tersebut dilengkapi televisyen, telefon dan bar mini. Sepanjang perjalanan, kereta yang kami naiki diiringi oleh beberapa kereta pengiring yang dipandu oleh pengawal peribadi Batrik. Sepanjang perjalanan tersebut kami rasakan kami benar-benar seperti orang yang terkaya di kota Paris. Perjalanan kami mengambil masa hampir dua jam. Kami sampai di sebuah rumah yang besar dan mewah. Di dalam rumah tersebut terdapat beberapa orang yang berpakaian kemas dan segak dengan pakaian seragam. Mereka memberi hormat kepada kami. Batrik mengiringi kami ke ruang makan yang telah tersedia dengan hidangan makanan yang terlalu banyak. Batrik menyatakan bahawa semua makanan itu adalah tempahan khas buat kami dan adalah halal dan beliau meyakinkan saya bahawa tukang masaknya beragama Islam dan berbangsa Arab sambil memperkenalkan tukang masaknya kepada saya. Tukang masak tersebut memberi salam kepada saya dan saya pun menjawab salamnya. Tidak lama kemudian muncul seorang yang agak lanjut usia dan berpakaian kemas serta diperkenalkan bahawa beliau adalah Mr Asusta, abang kepada Batrik orang yang ingin berjumpa saya. Beliau memanggil saya Master Mufti dan menyebut nama Qaudi, Oli dan Cerol seolah-olah beliau telah lama mengenali kami. Mungkin kami telah dikenalkan oleh Batrik sebelum ini. Kami dijemput menikmati hidangan sehinggakan kami tidak larat makan. Perbualan kami bertambah rancak dan mesra dan beliau banyak mengucapkan rasa terima kasih beliau kepada saya kerana sudi menerima adiknya belajar silat.
Di tengah-tengah perbualan kami, tiba-tiba Mr Asusta ingin berbincang secara dua pasang mata dengan saya. Saya agak tersentak lalu memandang Qaudi untuk meminta isyarat izin. Isyarat itu difahami oleh Qaudi. Saya dan Mr Asusta pun beredar ke sebuah bilik bacaan dan kami telah berbincang tentang perkara "tawaran". Beliau menawarkan saya agar menjadi ketua dalam sebuah kumpulan Kuasa (...) yang saya anggap salah di sisi undang-undang dan tawaran kedua bersedia untuk melindungi adiknya manakala tawaran ketiga tinggal di rumah itu dengan segala bentuk kemewahan. Saya tidak memberi sebarang jawapan malah saya berharap dapat diberikan sedikit waktu untuk saya menimbangkannya. Saya berkata saya akan memberikan jawapannya kepada Batrik dan saya meminta beliau menerima dengan hati terbuka walau apa pun jawapan saya kepada Batrik kerana itu adalah muktamad.
Kami dihantar pulang hampir larut malam, walaupun dipelawa supaya bermalam sahaja di rumah itu. Sepanjang malam saya tidak bercakap langsung tentang tawaran tersebut walaupun didesak berkali-kali oleh Qaudi, Oli dan Cerol. Walau apa pun saya harus berjumpa sendiri dengan Batrik untuk memberikan jawapan sama ada "ya atau tidak" dalam masa yang terdekat. Setelah dua hari berfikir, saya membuat keputusan untuk berjumpa Batrik di sebuah restoran. Hanya kami berdua sahaja yang hadir dalam pertemuan itu. Kini barulah saya tahu isi hati sebenar Batrik apabila dia menyatakan harapan peribadinya kepada saya dan harapan itu tidak dapat saya penuhi termasuklah tawaran daripada abangnya. Saya juga menyatakan bahawa tujuan saya ke Eropah adalah murni dan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran akan saya hadapinya sendiri sambil menyebut peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Dan saya lebih rela hujan batu di tempat sendiri, dan saya akan pulang ke tanah air pada suatu masa dan ketika nanti, tapi bukanlah sekarang. Yang pastinya saya tetap akan pulang. Pada akhir pertemuan beliau meminta izin untuk memeluk erat saya buat kali pertama dan terakhir kerana beliau tidak akan bertemu saya lagi dan tidak akan meneruskan latihan silat kerana adalah lebih baik bagi kami berpisah demi menyelesaikan masalah ini. Saya pun pulang dengan perasaan lega dan sememangnya kepulangan saya telah ditunggu oleh sahabat karib saya. Cuma apa yang dapat saya katakan kepada mereka bahawa semuanya telah selesai.
Berita Eropah Oleh Pendita Mufti - Part 1
Saya mula berhijrah ke Eropah pada 1978. Tujuan asalnya hanyalah untuk melancong sambil mencari tempat belajar. Selama sebulan di Paris, saya gunakan dengan sebaik mungkin mencari informasi tentang kolej pengajian dan secara tidak langsung mencari kelab seni bela diri dan ruang dewan sukan untuk disewa di samping melihat-lihat aktiviti sukan di kota Paris.
Saya berkesempatan bertemu dengan master seni bela diri seperti Master karate, taekwondo, judo, tinju siam, dan pelbagai seni bela diri dan berbincang tentang sukan seni bela diri seperti silat di Paris dan dari sinilah saya telah diperkenalkan dengan seorang master silat Indonesia jurusan Setia Hati Teratai, Mr. Raban(Tuan Raban) yang berketurunan Sri Lanka tetapi telah menjadi rakyat Perancis. Beliau mempunyai kelab Pencak Silat Indonesia dan beliau merupakan presiden organisasi tersebut.
Setelah berbincang, beliau menawarkan saya berkhidmat dengan organisasi beliau sebagai jurulatih pro seni bela diri untuk mengajar di kelab beliau atas alasan beliau sudah tua dan tidak larat dan ingin bersara daripada mengajar silat. Saya bertanya kepada beliau mengapa tiada pembantu? Beliau memberi alasan bahawa silat kita sukar dipelajari dengan mendalam dan hendak mengiktirafkan seorang jurulatih adalah sukar kerana setiap jurulatih di Eropah sentiasa terdedah kepada rintangan terutamanya sentiasa diuji oleh penuntut baru yang telah mahir dalam seni bela diri lain. Beliau menyatakan bahawa sikap dan budaya masyarakat di sini adalah berlainan daripada di Indonesia atau di Malaysia. Di sini mereka mahukan yang logik dari segi penggunaan teknik dan taktik, yang boleh diguna pakai dalam konteks seni bela diri dalam kehidupan sehari-hari yang sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko di jalanan. Kadangkala mereka amat takut untuk menjadi jurulatih kelab seni bela diri.
"Dan sebab itulah saya tidak mempunyai pembantu walaupun telah sekian lama membuka kelab silat di Paris ini," ujar Tuan Raban.
Berdiri barisan belakang, dari kiri: Merci, Olivier(Oli), Master Mufti, Tuan Raban, Marco, Johnson, Philippe.
Duduk barisan depan, dari kanan: Adagio Philippe, Bruno, dan tiga orang penuntut karate yang mempelajari silat.
Penjelasan beliau merupakan suatu tamparan hebat kepada saya, apatah lagi saya yang baru ingin mencuba nasib untuk membuka kelab Silat Seni Gayong di Paris. Saya dipelawa mengikuti latihan pencak silat yang dikendalikan oleh beliau sendiri. Apa yang dapat saya rumuskan bahawa permainan beliau terlalu "nipis" dan kurang penguasaan teknik tempur jika dibandingkan dengan Silat Setia Hati Teratai yang pernah saya lihat semasa saya berada di Indonesia dahulu. Dan kebanyakan ahli kelab tersebut terdiri daripada golongan kanak-kanak, bukannya golongan orang dewasa. Dari pengamatan saya, barulah saya ketahui bahawa beliau tidak menerima ahli dewasa. Walau bagaimanapun, saya amat menyanjung tinggi usaha beliau selama ini dalam memperjuangkan sesuatu walaupun tidak berkemampuan dalam penguasaan teknik silat yang baik di samping beliau menghidapi sakit dalaman.
Saya dipelawa untuk tinggal bersama beliau di sebuah pangsapuri(apartment) di Chartres, Paris kerana tinggal di hotel kosnya terlalu tinggi. Saya tinggal bersama beliau hampir tiga minggu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang tinggal bersama beliau, saya telah mendapat banyak informasi tentang kewujudan pencak silat yang bertapak di Eropah, seperti di Holland(Belanda) dan di Jerman yang kebanyakannya dikuasai oleh aliran pencak silat Indonesia yang telah sekian lama bertapak, terutamanya di Holland.
Dengan bantuan Tuan Raban, saya telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi di Perancis, iaitu University of Art di Opera Paris pada semester berikutnya. Dan saya terpaksa pulang ke Malaysia bagi membuat persiapan sebelum datang kembali ke Paris dengan visa pelajar dan dalam masa yang sama saya terpaksa membantu dan menerima tawaran Tuan Raban untuk menjadi jurulatih pencak silat di kelab beliau di Opera Paris bagi menampung kos pengajian saya sepanjang berada di Paris.
Pada awal Ogos 1978, saya kembali ke Paris dengan lebih bersedia dan bertekad untuk menjayakan cita-cita saya sebagai seorang penghuni kota Paris yang sungguh mencabar dari segi fizikal dan mental terutamanya terpaksa menerima hakikat tinggal dalam kota metropolitan yang termahal dari segi kos hidup. Kos hidup di kota Paris adalah antara yang paling tinggi di dunia. Hal ini bermakna setiap hari saya perlu menyediakan RM100.00 untuk menampung makan minum dan perbelanjaan tambang Metro sahaja, tidak termasuk kos tempat tinggal.
Habis kuliah sekitar jam 2.00 petang saya terpaksa menunggu sambil melepak di kota Paris kerana hendak pulang ke rumah terlalu jauh dan melibatkan kos pengangkutan. Jadi saya gunakan peluang itu untuk duduk melepak dan merayau di kota sambil membuat rujukan di perpustakaan seni, sehinggalah pukul 5.00 petang. Jam lima, saya bergegas ke kelab Pencak Silat untuk mengajar kepada sebahagian golongan kanak-kanak seramai hampir 30 orang.
Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari saya telah berada di Paris hampir enam bulan. Saya pun telah mempunyai ramai kawan dan entah mengapa mereka amat suka berkawan dengan saya. Ini mungkin kerana sikap falsafah orang silat yang suka merendah diri dan mungkin kebiasaan budaya orang Melayu yang senang didampingi oleh semua orang, dan antara sahabat karib saya sehingga kini ialah Olivier(Oli). Saya dan Oli akhirnya berkongsi menyewa sebuah pangsapuri(apartment) yang agak selesa yang kini telah menjadi milik kami berdua. Kami berkongsi membelinya setelah hampir lima tahun kami menyewanya. (Oli saya anggap seperti blood brother kepada saya).
Perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia berpunca daripada satu persembahan Seni di bawah penganjuran sebuah universiti di City of Paris. Saya telah diberi tugas untuk melaksanakan suatu pergerakan badan berpandukan kepada muzik. Saya telah menerima tawaran tersebut dengan membuat persembahan Silat Tari Solo dengan pakaian lengkap silat daripada songket dan bertengkolok serta berkeris sambil diiringi muzik silat Pak Din Kedah. Pada akhir persembahan tersebut saya telah mendapat tepukan gemuruh dan ratusan ucapan tahniah dan syabas daripada para penuntut dan Dekan pengajian serta VIP termasuklah Y. Bhg. Dato' Ismail Ambia, Ketua Duta Malaysia di Paris.
Berpunca dari situlah kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari Seni Silat Tari (Silat Pulut) Malaysia. Nasib baiklah suatu ketika dahulu saya ada mempelajari seni silat pulut ketika di kampung. Kelab Silat Malaysia telah wujud di University of Art Paris dan dari sinilah saya telah membuka kelas tambahan untuk mengajar Silat Kombat Gayong kepada pelajar yang berminat kepada seni bela diri. Pendapatan menjadi jurulatih profesional kepada dua buah kelab silat termasuk kelab Tuan Raban telah banyak membantu saya dalam mendapatkan biaya tambahan bagi menampung kos hidup dan kos pengajian saya sebagai warga kota di Paris.
Penubuhan kelab silat - dari kampus ke kelab profesional Paris
Sebagaimana kebiasaan, apabila pulang dari kuliah, saya akan singgah di sebuah kafe(cafe) di Bastille, Paris. Saya mengambil kesempatan berehat di kafe tersebut sambil menghirup secawan kopi. Tiba-tiba keadaan di dalam kafe tersebut menjadi kelam kabut dan tidak terkawal. Banyak barang yang telah dipecahkan dan ramai pengunjungnya bertempiaran lari menyelamatkan diri. Saya telah diserang dengan tiba-tiba. Dan secara spontan, saya mengelak daripada serangan liar tersebut dan melakukan tindakan balas kepada penyerang tersebut, iaitu seorang yang mengamuk kerana mabuk sambil memegang botol kaca pecah yang dijadikan sebagai senjata untuk menikam sesiapa sahaja. Saya dapat memberkas orang tersebut dan mengikatnya dengan kain cadar alas meja, sehinggalah anggota polis datang untuk memberkasnya dan saya terpaksa meninggalkan tempat kejadian tersebut dengan pantas kerana tidak mahu terlibat dalam urusan selanjutnya.
Pada keesokan harinya, saya telah dipanggil oleh pensyarah semasa saya berada di dalam kelas. Saya berasa amat cemas. Walau bagaimanapun, sebagai anak rantau saya telah bersedia untuk menghadapinya. Rupa-rupanya baru saya tahu bahawa seorang gadis remaja bersama ayahnya ingin mengucapkan terima kasih kepada saya atas peristiwa semalam dan mempelawa saya hadir jemputan makan malam bersama mereka. (Rupa-rupanya mereka dapat mengesan saya berdasarkan kad pelajar saya yang tercicir semasa peristiwa di kafe tersebut).
Dari sinilah Qaudi anak pemilik kafe tersebut telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan membantu usaha saya membuka sebuah kelab Silat Seni Gayong Malaysia yang pertama di Bastille, Paris dan beliau sendiri telah menjadi setiausahanya dan kelab tersebut telah didaftarkan secara sah.
Duduk barisan depan, dari kiri: Susan, Qaudi, Master Mufti, Salleve.
Duduk barisan belakang, dari kiri: Mr. Lam (master kungfu), Thomas, Marco.
Saya, Qaudi, Oli dan Cerol menjadi sahabat yang akrab sekali dan kami sama-sama berusaha mempromosikan Silat Seni Gayong di beberapa tempat di kota Paris sehingga saya mendapat tawaran untuk mengajar di sebuah kelab seni bela diri di selatan Perancis, iaitu di Tallone dan Bandol. Pada cuti musim panas kami bertolak ke Marseille, sebuah bandar besar yang terletak di selatan Perancis. Saya telah bertemu dengan Philippe, tuan punya Kelab Karate France yang sedia menerima jurusan Gayong Malaysia. Setelah berbincang soal teknik Silat Seni Gayong, Mr. Philippe sangat berpuas hati dan mempelawa saya mengajar di kelab beliau dan beliau turut menyatakan kesanggupannya untuk menjadi murid Gayong. Ini bermakna saya telah memiliki dua buah kelab di selatan Perancis dengan mempunyai murid seramai hampir 80 orang.
Tidak sampai dua tahun saya berada di Perancis, saya telah membuka sebanyak 4 buah kelab Silat Seni Gayong. Disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti silat, saya telah gagal dalam peperiksaan semester akhir dan saya terpaksa mengulang selama setahun lagi. Aktiviti saya bertambah kelam-kabut apabila mendapat tawaran daripada sebuah Kelab Melayu Champa di negara Denmark. Saya telah pergi ke Denmark walaupun tidak dipersetujui oleh sahabat saya terutamanya Qaudi, yang sentiasa menasihati saya agar menamatkan pengajian saya terlebih dahulu.
Saya berada di Denmark selama seminggu dan terpaksa bergegas pulang ke Paris kerana kematian ayah Qaudi. Segala program di Denmark terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana saya terpaksa membantu Qaudi dalam menguruskan kafenya. Kesemua sahabat Qaudi terpaksa melibatkan diri dalam pengurusan kafe tersebut, dengan bertugas secara bergilir-gilir. Walaupun pendapatannya agak lumayan tetapi kami terlalu sibuk sehinggakan tiga tahun saya tidak pulang ke Malaysia.
Pada tahun keempat, iaitu 1982 saya sering pulang ke Malaysia sehinggakan setiap empat bulan sekali saya sering berulang-alik ke Malaysia terutamanya membawa pakaian silat untuk dijual di Paris. Setiap kali pulang ke Malaysia, saya sentiasa membawa pesilat Perancis untuk mendalami ilmu Silat Seni Gayong dan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Jurulatih Muda daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan jurulatih tersebut bersedia melaksanakan tanggungjawab mengambil alih tugas sebagai pembantu jurulatih di Perancis.
GOLOK SAKA CULA SAKTI
Senjata ini tidak tampak gerunnya seperti keris kerana kelihatan agak “hodoh”, lebih lagi tanpa bersarung, Tetapi apabila disarungkan lebih lagi telah diubahsuai dengan kayu yang bermutu tinggi serta berlapikan gading akan menampakkan nilai harga golok tersebut.
Pendekar yang menguasai Pencak golok pada ketika dulu, dilihat buruk senjata golok itu lagi hebat serta lasak permainanya dan lagi pendek golok tersebut lagi lincah pergerakannya, lebih lagi senjata tersebut disisip belakang sebagai muslihat pelebat.
Permainan golok tidak dapat dikesan kerana bergabung dengan kemahiran pencak tangan kosong (tanpa bersenjata) yang cekap pengunaan pancaindra kerana senjata tersebut tidak digunakan sebagai perisai apabila bertempur, kehebatan langkah permainan tidak dapat disedari bila dan saat golok terserbut menjamah mangsanya.
Ukuran panjang, berat, lebar, tajam dan pipih adalah mengikut ukuran pemilik kerana senjata ini disesuaikan kepada pergerakan pantas dan lasak dalam permainan pencak gerak dekat atau pun jauh.Diseababkan kegunaan senjata ini tak lekang digunakan dalam tamadun kehidupan dulu serta tidak terbatas dimiliki oleh masyarakat berpangkat darjat nama mahu pun harta, sejarah senjata ini masih digunapakai sehinggalah dizaman kini dibandar mahupun dikampung, terutama dimusim keramaian, kenduri, hari raya Qurban dan sebagainya yang kerap dilihat adalah dikawasan kampung sentiasa disisi pingang orang kampung singgah diwarung kopi pergi dan pulang dari kebun.
Teringat cerita orang tua dulu, kehebatan anak muda seperti pesta tahunan beradu permainan pencak golok dari pelusuk kampung dan desa datang beradu handal semata-mata hendak merebut sebilah “golok besi kuning” dan kesudahannya digelar sebagai “golok Setan” kerana rebutan tersebut tidak mengenal saudara lawan dan kawan serta ramai yang parah untuk mendapatkannya, walaupun bergitu permaian pencak ini menampakkan kemahiran yang tinggi, kesudahan cerita golok tersebut telah dighaibkan oleh seorang pendita silat kerana golok ini akan akan menjadi “golok puaka” jika bertukar tangan tanpa kesudahan.
Kemahiran penguasaan pencak golok ini masih dimiliki sebahagian besar penuduk kampung kerana segala pergerakan latihan adalah berkaitan dengan pergerakan harian, terutama dalam gerak kerja dikebun tanaman.
Walaupun tidak kelihatan gerak langkah yang kemas seperti gerak silat tapi mereka tetap mengunakan kaedah gerak berasaskan pencak golok seperti melibas, meraut, mencantas, merentap dengan kuncian penafasan serta berkuda-kuda agar tidak merasa keletihan.
Pendek kata kalau kita tak biasa dengan gerak kerja tersebut kita akan tewas hanya berlangkah latihan sahaja, kekuatan kelasakan semula jadi dikebun akan membantu dalam pergerakan seni pencak golok yang giat digelanggang latihan.
Sejak menjadi murid Silat Gayong Malaysia dibawah Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Hashim hinggalah beliau telah meninggal dunia, saya masih lagi bergiat aktif hingga kini, dari negara kita Malaysia saya membawa sekali Silat Gayong di benua Eropah yang kini telah banyak bertaburan diserata dunia,
Walau saya bukan orang kebun tapi saya telah diterima menjadi menjadi murid setelah menunjukkan kemahiran pelebat atau jurusan persilatan berkali saya cuba untuk berguru tapi sukar diterima kerana belum besedia.
Walau bagai mana pun permainan pencak golok ini tidak hilang sehingga kini dalam kehidupan harian terutama penduduk kampung tak kira tua atau muda yang lasank dengan kerja harian, mereka tetap belatih setiap hari dengan langkah gaya yang tersendiri, segala langkah diingati, diamali, segala nafas dikunci, segala gerak dikaji, segala libasan diisi, segala amalan dihalusi, hasilnya disamping berlatih maka jadi sebuah kebun yang mengeluarkan hasil tani.
“Kata Pendita bukan nya maki, hanya ingatkan yang dah lali, langkah jurus hati penganti diri”
Sekian lama berada dikota, kerja tidak berdiri, badan pun naik lali, lemah lesa sepanjang hari, sakit sireh berganti hari, jiwa ibaratkan mati, bersilat jauh sekali, bercerita hebat sampai lupa diri, ada yang sedar tak sampai didaki, beladiri asing disanjung tinggi, ayah ibu tidak memiliki, anak bangsa disuruh pergi, walaupun tahu hilang harga diri, warisan bangsa tidak lagi dimiliki.
Ada pendekar setiasa minta dipuji, kata pendita tidak dituruti, hanya menghambat janji yang belum pasti, jadikan persilat sebagai titi, lupa sumpah dan janji pertiwi.
Tiada seri bertatahkan seni, tiada cogan bertiangkan agama bersendikan adat, saban hari meniti hari ibarat pintu dipaku besi.
Bangan lah sipendekar dan serikandi, ganggam semangat waja diri, berganding diri bersatu erti, gendang perang sekali berbunyi, berarak masak diwangseri yang sudah lama keramat menanti, sembahkan ufti yang apunya seni.
Anak bangsa tak satu hati, lupu erti dan lupa diri, gajala sial tanam dihati, dari hidup dibunuh mati agak tidak tukar ganti,
Kecewa hati tiada diubati, bebekalkan seni merantau jauh membawa hati untuk dibeli, hidup senang bersandarkan ufti, yang mati hidup kembali, walaupun keras lembut dihati, dari bertatih dah pandai belari,
Amanat guru tak boleh dicurangi, agar seri diwajah diri,
Hantaran ufti sebagai ganti, walaupun tari sudah dimiliki,
Besi tetap besi, yang hilang perlu dicari, yang ghaib kekal abadi,
Yang pimjam tetap dipulangi, walaupun jauh ditantar pergi,
agar mati kekal abadi.
Setelah jauh membawa diri, pulang hajat membawa erti, tiang seri rebah kebumi, pintu tetap dipaku besi, karat besi sudah sebati, bangsa layu berdiri, tiada lagi warisan dimiliki,
Tujuan seri tiada erti, gabungan pencak disalah erti, petualang bangsa tegak bediri, menjadi murid sebagai titi, walau pun maruah digadai diri, asal dapat hajat dihati.
Berebut sudah taming sari, wajah tidak menampak seri, hilang segala darjat digeruni, tiada lagi wajar sari untuk jenarasi ibu pertiwi.
Parah sudah pukulan besi, cuba bangkit berkali-kali, tak cukup semangat berani, jangan cuba tongkat berdiri,
semangat besi diseru kini,
yang pipih diisi kembali,
yang karat bersinar mentari,
Langkah diatur berhati-hati,
agar tak jatuh teguh berdiri,
menari lenggok simayang sari,
irama gendang tak sama bunyi.
Pendita besi tetap di isi,
besi kuning tetap dimiliki,
tiada lagi ditawar ufti,
saka cula sakti dighaib kini,
Selamat tinggal wahai pertiwi,
sang belantara sedang menanti,
tak tampak jasad berhati seri,
menjadi sahabat kekal abadi,
Golak ditempa sipendita sakti,
Besi kuning sebagai ufti,
Golok Saka Cula Sakti,
Sinarnya pancar sukar dierti.