Galeri Saya

Isnin, 22 Februari 2010

Serba Ringkas Biodata




Bergiat dalam Persatuan Silat Seni gayong sejak tahun 1971
Berpendidikan:
Diploma - UPM
MBA - Irish International University, UK
Eropah 1980 hingga 1990
• Menetap di Eropah sehingga berjaya menubuhkan empayar rangkaian Persatuan Silat Melayu (Persatuan Silat Gayong Malaysia) di Eropah / Timur Tengah / Afrika dan Amerika. Kelab-kelab silat bertaburan di Jerman, United Kingdom, France, Amerika Syarikat (California), Holland, Denmark, Norway, Sweden, Australia, Tunisia, Kuwait dan kini kekuatan murid menjangkau 20,000 ahli.
• Mendapat anugerah S.M.D Sosoles Md Denmark (Denmark) dari Kerajaan Denmark pada tahun 1989.

Tahun 1990 hingga 1995
• Diundang pulang Kerajaan Negeri Sarawak oleh YB Datuk Haji Taha Arifin bekas SUK Negeri Sarawak. merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sarawak dan beri kepercayaan sebagai orang tengah dalam penyatuan Politik Sarawak untuk menyelesaikan perbalahan di antara Pertubuhan Silat Bumi Sarawak di bawah pengaruh YTM Datuk Patinggi Tun Abdul Rahman dengan YTM Dato Seri Paduka Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmmud yang boleh menggugat politik etnik Sarawak.

• Dilantik sebagai Pegawai Pembagunan dan Kemajuan Sukan Negeri Sarawak selama 5 tahun dan telah berjaya menyatukan keseluruhan Persatuan Silat Dayak dan Silat Melayu Sarawak di bawah satu organisasi Rumpun Silat Sarawak RSS yang mana YB Dato Affendi Nawawi sebagai Presiden dan Ketua Menteri Sarawak selaku Penaung.

• Selain itu, menjalankan tugas sebagai Pegawai Pembangunan dan Kemajuan Sukan Kombat seperti Sukan Tinju, Karate, Taekwando, Judo dan Silat selama 5 tahun.

• Menerajui kontinjen Negeri Sarawak menjuarai SUKMA tahun 1990, 1992 dan 1994. Sebagai penghargaan dari Kerajaan Negeri Sarawak, dikurniakan Bintang Kebesaran ABS (Ahli Bintang Sarawak) dan BBS (Bentara Bintang Sarawak kelas pertama) membawa Gelaran Bentara Sarawak.

Tahun 1996 hingga 2003
• Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dato’ Zainal Dahlan, Speaker Negeri merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor dan ditugaskan menubuhkan gabungan Persatuan-Persatuan Sukan dibawah Majlis Sukan Negeri Selangor terutama Persatuan Sukan bangsa Cina dan India yang bermasalah, serta penyatuan Silat Melayu dibawah Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) peringkat negeri dan daerah.
• Dilantik sebagai Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Sukan dan berjaya telah mendorong Negeri Selangor sebagai sebuah empayar Sukan peringkat negeri dan kebangsaan disamping mengeluarkan atlit sukan yang cemerlang. Negeri Selangor telah menjuarai SUKMA 6 kali berturut-turut sejak tahun 1996 hinggalah 2004.
• Dilantik sebagai Pemangku Pengarah pada 3 tahun terakhir perkhidmatan sehingga 2004.
• Dikurniakan Pingat Kebesaran Negeri PJK (Pingat Jasa Kebajikkan) dan PPT (Pingat Perhidmatan Terpuji.

Profesyen Terkini
• Mengurus Kelab Silat Gayong dan Silat Golok Melayu di Eropah disamping menjadi penceramah jemputan persatuan Sukan terutama Sukan Tempur seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak, Singapore dan Indonesia (Jakarta).
• Menyampaikan kuliah di UiTM, UTM, UKM, MSN Selangor, MSN Pulau Pinang, MSN Kedah, MSN Perak dan MSN Wilayah Persekutuan KL dan Labuan.

KEAHLIAN PERSATUAN
• Master Ketua Jurulatih, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
• Ahli Jawatankuasa, Pencak Silat Gabungan EROPAH
• Yang Dipertua, PESAKA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
• Ahli Guru, Gabungan Rumpun Silat Sarawak RSS
• Yang Dipertua, Perguruan Pencak Golok Melayu Malaysia dan Indonesia,
• Ahli Kelab Menembak PARIS 12 bore S/G Trap (bekas)
• Penembak Negeri Selangor dan Malaysia acara Trap (bekas)


ANUGERAH
• P.P.T Pingat Perkhidmatan Terpuji (Selangor)
• P.J.K. Pingat Jasa Kebajikan (Selangor)
• A.B.S Ahli Bintang Sarawak (Sarawak)
• B.B.S. Bentara Bintang Sarawak (Sarawak)
• S.M.D . Sosoles Md Denmark (Denmark)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan