
Galeri Saya
Rabu, 7 April 2010
Selasa, 30 Mac 2010
Pelampang…!
Dalam ilmu gerak silat beribu jenis pukulan dengan menggunakan kaki tangan malah ada yang bergitu mahir dengan mengunakan siku dan lutut dan sebaginya..segala pukulan padu dapat dirasai jika terkena pukulan itu..semuanya parah dan maut..kadang kala pukulan itu amat terasa kepada yang kena dan yang mengena…tapi kesannya tidaklah lama, hilang sakit, bengkak atau cedera maka hilanglah kesannya pada tampaknya..
Tapi ada satu pukulan yang kesannya hingga sehingga zaman malah tidak akan hilang dari segi mental dan mungkin juga fizikal..pukulan yang dimaksud adalah pelampang atau penangan, pukulan ini ada juga sejarah dan namanya, diantara yang pendita ingat seperti pelampang guru, pelempang gila, pelempang sakan, pelempang seman, pelempang bilai, pelempang bugis, dan pelampang sultan dan mungkin banyak lagi jenamanya mengikut sejarahnya..
Yang pendita nak nyatakan adalah kesannya..
Kita cerita ada orang kena balun kena tumbuk di pasar..agaknya biasalah, tapi kalau kita dengan cerita orang kena lempang agak pelik juga, terutamanya orang biasa atau guru silat kena lempang..agaknya ceritanya akan tidak kesudahan walau pun sakit kena lempang dah hilang tapi kesan mentalnya akan malu..sehinggakan boleh pindah rumah dibuatnya…kalau kena dalam gelanggang malu pada anak murid, kalau belaku dipasar..pindah kampong atau negeri gamaknya..
Ibu dan bapa melempang anak adalah satu nikmat dan pengajaran malah diwajibkan juga dalam islam..terutama degil tak solat..
Dizaman dulu atok pendita ada ceritakan kes lempang ini..dipanggil pelampang berkat selawat..menurut cerita dulu..orang yang gagap pun boleh jadi baik jika kena “pelampang selawat nabi”, bilal atau raja sehari (pengantin) yang berkesanya bila kena pelampang sultan..Sultan atau Raja zaman dulu akan turun tahta bila kena lempang..katanya dulu kira orang tahanan pakai pelempang aja..tentu kiraannya tak akan silap.
Mengikut cerita asalnya pukulan lempang ini dari bugis..katanya kalau kena pelambang bugis bolih bawa maut..Allahuallam….
Nak jadikan cerita bila pendita dah lama dalam gelanggang bersilat..(bukan nya lama masuk pertubuhan silat)..kaji punya kaji banyak betulnya..bahawa pukulan lempang ini memangnya hebat jika dimasukkan sekali dengan isinya, kalau lempang kosong, namanya pelampang pondan,..pukulan lempang ini sungguh laju tak ada yang pelahan akan lebih terasa bila kena dibelakang tangan, sasarannya pulak selain muka sasaranya ditempat sulit, kalau kena bengok muka, kalau kena telinga jadi pekak dan kalau kena kat anu itu mahu gugur dibuatnya..disebabkan telalu laju tak sempat nak mengelak atau pergerakanya mudah dan
Jadi maka sempat juga pendita belajar dan melaksanakannya dengan segala ilmu yang ada…maka lahirlah pelempang lepu (Lepu adalah bahasa bugis ialah besi)..lepu ini adalah digunakan untuk pengalas besi..jadi kalau jadi pengalas besi tentulah lebih kuat daripada besi, itu tanyalah tukang besi atau orang pandai besi kekuatan besi lepu..
Degan kesabaran belatih dan berilmu maka dapat pendita jenamakan “Pelampang Pendita” atau “Pukulan Lepu” setakan batu sungai, batu lesong atau batu pejal ok aja mematahkannya nya..tak semuanya yang dapat belajar sebab syaratnya misti kena lempang dulu..baru dapat Ilmu “lempang lepu” bukan lokek nak ajar dah syaratnya nak buat macam mana, Nak pendikkan cerita pula, dalam banyak pelempang yang pernah pendita suka malah ramai orang suka kena adalah kena “lempang manja” pembohong lah namanya kalau tak pernah kena “lempang manja” yang jadi suka bukan kena lempangnya tapi ubatnya..
Maka belajarlah “pelebat pelampang”, nak belajar macam mana sebab belajar nanti kata bukan silat gayong sebab tidak ada dalam selibes Gayong..Allahuaalam bisawab………….
Selasa, 16 Mac 2010
Pelebat…..!
Perkataan pelebat sering digunakan oleh guru dan murid dalam latihan persilatan., mungkin terdapat bahasa lain yang mungkin sama ertinya, bak kata orang, lain silat lain pula sebutannya, tapi maknanya adalah sama iaitu asas, jurus atau kemahiran dan penguasaan persilatan tersebut, tapak akan sumbang jika tidak dapat menguasi gerak pelebat, bak kata pendeka “langkag sumbang”, atau tak tahu pelabat dikatakan gendang tak sama bunyi’, ‘tak tahu menari dikatakan lantai tinggi rendah’, kemahiran pelebat dapat menguasai berbagai seni tari silat, seni tangan kosong dan seni senjata., kemahiran pelabat akan dapat menguasi buah persilatan malah akan dapat kembangkan permainan persilat tersebut.Orang persilat zaman dulu bersilat kerana pelebatnya bukan kerana buahnya, kerana pelabat dianggap tunjang dalam persilatan.. ‘buah yang manis dan rangup bukan kerana pokoknya ia adalah kerana benihnya (baka benih) kekuatan besi (senjata) pada bajanya, ketajamnya dan bisanya, bergitulah kekuatan persilat kerana asas, jurus atau pelebatnya, kekuatan persilat bukan kerana kederatnya dan berapa banyak buah yang telah diperlajarinya atau berapa banyak sukatan pelajaran yang telah dimilikinya, kekuatan persilat terletak kepada seni pelebatnya.
Kemahiran penguasaan pelebat dapat mengerakan setiap anggota pencar indera tak kira pergerakan persilatan termasuklah mepergayakan jurus silat serta tari silat secara sepontan,
Falasafah guru ada berpesan jauh berjalan luas pengelaman, banyak berguru banyak juga jurus pelabatnya, Silat Seni Gayong adalah satu diantara ratusan jenama Pertubuhan persilatan yang dalam pendaftaran dan mungkin berjuta diantara jenama persilat yang tiada dalam pendaftaran sejak berzaman dan setiap silat ada sejarahnya yang tersendiri.
Banyak kali peristiwa pendita hadir dimasjlis kenduri kahwin orang gayong yang mana orang silat gayong bila pengantin datang mula nak lari, tak mampu untuk kegelanggang silat tari dihadapat pengantin yang dianggap raja sehari, melompat keluar gelanggang bukan didalam gelanggang kerana malu atau tak tahu mengayakan gerak tari pelabat, ada yang beranikan diri hanya dapat mengayakan bungga tanjung sampai kesudah dan kebanyakan adalah ‘kita serupa’ ini amat melalukan pada pendapat pendita. Jika dibandingkan dengan silat kampongan yang tiada jenama atau didaftarkan kehebatnya disebelah pehak rombungan pengantin yang datang, lebih lagi yang menyambutnya adalah anak guru gayong, jadinya maka anak gayong adalah diantara belajar silat tampa pelebat..
Pada tahun 1980 Rombungan lawatan pertama kekota Paris kami seramai 4 orang ketika itu diketuai olih Datok A. Rahman Hassan Setiuasaha PESAKA dan Encik Sulaiman Sarijan Pegawai Kementerian Kebudayaan Malaysia berangkat kekota Paris ,walaupun rombungan kami bukan lah satu kumpulan demo silat tapi kami berjaya bersilat dan bertempur diantara guru dan lain jurusan persilatan tampa langkah sumbang walau pun dengan mengunakan senjata, saya dari Gayong Malaysia telah bersilat seni tari dan pentas tempor secara sepontan dengan mengunakan senjata keris berpasangan dengan cikgu Anuar Wahab ditengah gelanggang dihadapan ribuan penuntun termasuklah ahli pertubuhan silat eropah dalam sebuah stedium dikota Paris, kami dapat mepergayakan dengan kemahiran tersendiri tampa langkah sumbang, pada mulanya kami hanya mempergayakan pentas tangan kosong sehinggalah mungkin tepukan gemuruh penuntun saya telah terpengaruh dan dengan tidak sengaja mehunuskan keris dipinggang saya seolah mencabar bertarung dengan mengunakan keris pula, Cikgu Anuar tidak menghunuskan kerisnya pada mula dapat menepis segala serangan saya dengan tenang sehinggakan saya sendiri tidak perasan masa bila beliau telah mula menikam saya dengan keris juga, pertarungan kami menjadi hebat dengan keduanya bersenjata meperkembangkan jurus pelebat kerana langkah subang akan membawa padah sehinggalah kami berhenti dengan mengunakan cara hormat adat mencium keris pohon berhenti.
Sasautu perkataan yang indah dalam ingatan sehingga kini diperkatakan kepada pendita ketika itu terlalu muda jika dibandingkan dengan umor Aruah Cikgu Anuar Wahab Guru Tertinggi Pertubuhan Silat Gayong Fatani Malaysia yang telah tiada sekarang masih ingat katanya selepas kami bertarung demi maruah seni silat dan warisan dengan katanya………………
“Kita bertarung sebenarnya tadi tampa dirancang tampa belatih pun, semuanya gerak sepontan, dah lama saya bersilat tak pernah jumpa budak macam kamu, budak saya pun gelabah bertarung dengan saya..T walaupun kamu muda tapi telah mempunyai ilmu pelebat yang tinggi, tampa pelabat kamu tidak bolih bersilat dengan saya walaupun anak murid Gayong Fatani, nanti ceritakan kepada siapa pun walaupun dengan anak buah perguruan gayong Fatani atau Gayong Malaysia bahawa saya tak malu bersilat dengan kamu dan merasa puas walaupun tidak dapat bersilat dengan Datok Meor Rahman” Saya ketika itu tak dapat berkata apa-apa kerana keletehan dan tergamam kerana Cikgu Anuar adalah Guru Tua Silat Gayong Fatani yang saya hormati, kami bertukar keris tanda persabatan yang berkekalan sehinggalah kini walaupun Pendita Cg. Tuan Haji Amuar Wabah telah pulang ke Ramahtullah Alfatehak.
Walaupun saya cuba rahsiakan peristiwa itu dari anak murid gayong sekian lama tapi cerita itu telah menjadi bualan sepanjang hidup beliau kepada kebanyakkan guru dan murid Gayong Fatani yang tak pendita kenali salah seorang murid Gayong Fatani dihalaman email kini..
Petikan peristiwa ini hanya dapat pendita masehatkan kepada murid persilat sekelian belajarlah dan menguasailah ilmu pelabat setiap pesilatan ada pelabat, dengan menguasai pelabat kita akan dapat bersilat apa pun dengan siapa pun walaupun tidak seperguruan, silat tari ke jika dipelawa kegelanggang, ilmu tempor ke jika dicabar atau ilmu amok jika berperang..setiap perguruan silat misti ada “Pelabat”…wasalam…

