Galeri Saya

Selasa, 16 Mac 2010

Pelebat…..!

Perkataan pelebat sering digunakan oleh guru dan murid dalam latihan persilatan., mungkin terdapat bahasa lain yang mungkin sama ertinya, bak kata orang, lain silat lain pula sebutannya, tapi maknanya adalah sama iaitu asas, jurus atau kemahiran dan penguasaan persilatan tersebut, tapak akan sumbang jika tidak dapat menguasi gerak pelebat, bak kata pendeka “langkag sumbang”, atau tak tahu pelabat dikatakan gendang tak sama bunyi’, ‘tak tahu menari dikatakan lantai tinggi rendah’, kemahiran pelebat dapat menguasai berbagai seni tari silat, seni tangan kosong dan seni senjata., kemahiran pelabat akan dapat menguasi buah persilatan malah akan dapat kembangkan permainan persilat tersebut.

Orang persilat zaman dulu bersilat kerana pelebatnya bukan kerana buahnya, kerana pelabat dianggap tunjang dalam persilatan.. ‘buah yang manis dan rangup bukan kerana pokoknya ia adalah kerana benihnya (baka benih) kekuatan besi (senjata) pada bajanya, ketajamnya dan bisanya, bergitulah kekuatan persilat kerana asas, jurus atau pelebatnya, kekuatan persilat bukan kerana kederatnya dan berapa banyak buah yang telah diperlajarinya atau berapa banyak sukatan pelajaran yang telah dimilikinya, kekuatan persilat terletak kepada seni pelebatnya.

Kemahiran penguasaan pelebat dapat mengerakan setiap anggota pencar indera tak kira pergerakan persilatan termasuklah mepergayakan jurus silat serta tari silat secara sepontan,

Falasafah guru ada berpesan jauh berjalan luas pengelaman, banyak berguru banyak juga jurus pelabatnya, Silat Seni Gayong adalah satu diantara ratusan jenama Pertubuhan persilatan yang dalam pendaftaran dan mungkin berjuta diantara jenama persilat yang tiada dalam pendaftaran sejak berzaman dan setiap silat ada sejarahnya yang tersendiri.

Banyak kali peristiwa pendita hadir dimasjlis kenduri kahwin orang gayong yang mana orang silat gayong bila pengantin datang mula nak lari, tak mampu untuk kegelanggang silat tari dihadapat pengantin yang dianggap raja sehari, melompat keluar gelanggang bukan didalam gelanggang kerana malu atau tak tahu mengayakan gerak tari pelabat, ada yang beranikan diri hanya dapat mengayakan bungga tanjung sampai kesudah dan kebanyakan adalah ‘kita serupa’ ini amat melalukan pada pendapat pendita. Jika dibandingkan dengan silat kampongan yang tiada jenama atau didaftarkan kehebatnya disebelah pehak rombungan pengantin yang datang, lebih lagi yang menyambutnya adalah anak guru gayong, jadinya maka anak gayong adalah diantara belajar silat tampa pelebat..

Pada tahun 1980 Rombungan lawatan pertama kekota Paris kami seramai 4 orang ketika itu diketuai olih Datok A. Rahman Hassan Setiuasaha PESAKA dan Encik Sulaiman Sarijan Pegawai Kementerian Kebudayaan Malaysia berangkat kekota Paris ,walaupun rombungan kami bukan lah satu kumpulan demo silat tapi kami berjaya bersilat dan bertempur diantara guru dan lain jurusan persilatan tampa langkah sumbang walau pun dengan mengunakan senjata, saya dari Gayong Malaysia telah bersilat seni tari dan pentas tempor secara sepontan dengan mengunakan senjata keris berpasangan dengan cikgu Anuar Wahab ditengah gelanggang dihadapan ribuan penuntun termasuklah ahli pertubuhan silat eropah dalam sebuah stedium dikota Paris, kami dapat mepergayakan dengan kemahiran tersendiri tampa langkah sumbang, pada mulanya kami hanya mempergayakan pentas tangan kosong sehinggalah mungkin tepukan gemuruh penuntun saya telah terpengaruh dan dengan tidak sengaja mehunuskan keris dipinggang saya seolah mencabar bertarung dengan mengunakan keris pula, Cikgu Anuar tidak menghunuskan kerisnya pada mula dapat menepis segala serangan saya dengan tenang sehinggakan saya sendiri tidak perasan masa bila beliau telah mula menikam saya dengan keris juga, pertarungan kami menjadi hebat dengan keduanya bersenjata meperkembangkan jurus pelebat kerana langkah subang akan membawa padah sehinggalah kami berhenti dengan mengunakan cara hormat adat mencium keris pohon berhenti.

Sasautu perkataan yang indah dalam ingatan sehingga kini diperkatakan kepada pendita ketika itu terlalu muda jika dibandingkan dengan umor Aruah Cikgu Anuar Wahab Guru Tertinggi Pertubuhan Silat Gayong Fatani Malaysia yang telah tiada sekarang masih ingat katanya selepas kami bertarung demi maruah seni silat dan warisan dengan katanya………………

“Kita bertarung sebenarnya tadi tampa dirancang tampa belatih pun, semuanya gerak sepontan, dah lama saya bersilat tak pernah jumpa budak macam kamu, budak saya pun gelabah bertarung dengan saya..T walaupun kamu muda tapi telah mempunyai ilmu pelebat yang tinggi, tampa pelabat kamu tidak bolih bersilat dengan saya walaupun anak murid Gayong Fatani, nanti ceritakan kepada siapa pun walaupun dengan anak buah perguruan gayong Fatani atau Gayong Malaysia bahawa saya tak malu bersilat dengan kamu dan merasa puas walaupun tidak dapat bersilat dengan Datok Meor Rahman” Saya ketika itu tak dapat berkata apa-apa kerana keletehan dan tergamam kerana Cikgu Anuar adalah Guru Tua Silat Gayong Fatani yang saya hormati, kami bertukar keris tanda persabatan yang berkekalan sehinggalah kini walaupun Pendita Cg. Tuan Haji Amuar Wabah telah pulang ke Ramahtullah Alfatehak.

Walaupun saya cuba rahsiakan peristiwa itu dari anak murid gayong sekian lama tapi cerita itu telah menjadi bualan sepanjang hidup beliau kepada kebanyakkan guru dan murid Gayong Fatani yang tak pendita kenali salah seorang murid Gayong Fatani dihalaman email kini..

Petikan peristiwa ini hanya dapat pendita masehatkan kepada murid persilat sekelian belajarlah dan menguasailah ilmu pelabat setiap pesilatan ada pelabat, dengan menguasai pelabat kita akan dapat bersilat apa pun dengan siapa pun walaupun tidak seperguruan, silat tari ke jika dipelawa kegelanggang, ilmu tempor ke jika dicabar atau ilmu amok jika berperang..setiap perguruan silat misti ada “Pelabat”…wasalam…

2 ulasan:

  1. Salam Pendita,

    Saya amat sokong pandangan pendita....murid2 Gayong generasi baru sudah hilang seni pelebatnya...bersilat dengan hanya menghafal buah....sehinggakan bunga tanjung sendiri pun dah di BAKU kan.......itu lah yg membezakan antara Guru Lama ngan jurulatih2 muda sekarang.....Semoga dgn pendedahan dari pendeta sedikit sebanyak dpt membuka mata semua.......

    BalasPadam
  2. Salam hormat dari saya
    Tahniah! Pendita kerana telah mempunyai blog sendiri....

    BalasPadam